UNHCR komited sokong usaha Malaysia urus pelarian, pencari suaka

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) komited menyokong tindakan Kerajaan Malaysia mengambil alih tugas menguruskan golongan pelarian dan pencari suaka di negara ini.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu antara lain mengalu-alukan libat urus berterusan dan usaha Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu membabitkan perlindungan golongan berkenaan.

Mengulas cadangan penutupan pejabat UNHCR di Malaysia, jurucakapnya, Yante Ismail, berkata siri perbincangan mengenai rangka kerja pengurusan pelarian dan pencari suaka itu sudahpun diadakan bersama kerajaan sejak beberapa tahun lalu.



Perbincangan itu katanya, turut membabitkan pasukan petugas yang dipengerusikan bersama antara Kementerian Luar dan UNHCR.

“Ia (perbincangan) membabitkan isu dibangkitkan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, antaranya perkongsian maklumat pelarian, pendaftaran bersama dengan kerajaan, saringan pencari suaka, dan akses kepada kerja perundangan.

“Perbincangan mengenainya dipergiat sejak 2019, dengan mesyuarat terkini diadakan awal bulan ini,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today, hari ini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button