GTA dan PUTRA harus bertanggung jawab jika Mahathir tipu rakyat lagi.

Oleh Adam Malik

Presiden PUTRA Datuk Ibrahim Ali dan Gerakan Tanah Air harus bertanggung jawab jika Tun Mahathir ulangi penipuan nya semacam Ketika ambil alih jawatan Perdana Menteri Ketika kerajaan Pakatan Harapan berkuasa 22 bulan.

Pada pemerintahan Tun Mahathir kali kedua Ketika menjadi PM kerajaan Pakatan Harapan , Tun Mahathir telah memberi banyak alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto yang mana hampir 4 juta pengundi kerajaan PH telah tertipu.



Jutaan rakyat dan pelajar telah terpedaya dengan janji hapus PTPN.

Jutaan lagi rakyat tertipu dengan janji hapus tol dan berjuta lagi tertipu dengan janji 1 juta pekerjaan.

Lebih dasyat lagi banyak aset negara tergadai dan hutang negara bertambah.



Mahathir hanya menghulur rakyat dengan kisah 1MDB 24 jam.

Pada penipuan Manifesto itu Mahathir menipu dengan alasan kerajaan tidak ada wang kerana 1MDB.

Tetapi Mahathir lupa , pihak pemimpin PH sendiri yang menjaja cerita negara muflis tapi pada waktu yang sama menawarkan Pakej manifesto bernilai puluhan billion.

Ia satu bentuk kontradiksi sambil menyatakan negara muflis sambil itu  pula menawarkan pakej manifesto bernilai puluhan billion.



Ibrahim Ali yang sanggup mewakili Mahathir dalam menjawap kritikan Nampak jelas tidak faham antara kebencian rakyat terhadap Mahathir dengan terma ‘serangan’ yang disebutnya

Dimana Ibrahim Ali Ketika Mahathir menjadi PM 22 bulan? tidur kah?

Tidak kah Datuk Ibrahim Ali menyaksikan bagaimana hakim rakyat menghukum Mahathir pada PRN Johor?

PEJUANG hilang deposit di empat puluh dua kawsan mengundi yakni 100% kalah.



Tidak celik lagi kah? Atau sebenarnya Ibrahim Ali politikus era dinosor dan “old school” sama seperti Mahathir yang sangat ‘out of touch” dengan keadaan sekarang kerana terlalu obses dengan matlamat peribadi menaikan Mukhriz anaknya demi sambung legasi dan jaga kepentingan melalui kuasa kerajaan.

Jika Ibrahim Ali rasa Mahathir hebat dan masih releven, buktikan dengan desakan mendakwa rasuah bekas Gabenor Bank Negara Zeti dibuka segera sama dengan kes rasuah Hakim Nazlan Ghazali.

PUTRA harus besyukur tidak diganggu SPRM berkenaan dana seperti yang kena pada UMNO.

Sambil itu suruh Mahathir lakarkan apa yang dia hendak lakukan  terhadap orang Melayu tulis diatas kertas satu persatu dalam bentuk pisikal dan bukan hanya teori , nasihat dan kenyataan kosong.



Jika tidak ,anggap sahaja , GTA sekadar alat untuk Mahathr berlindung dibelakang setelah nama PEJUANG ditolak oleh orang Melayu.

Kepada Datuk Ibrahim, terima lah Hakikat Mahathir semakin dibenci dan ditolak, ia bukan persepsi, lihat sahaja ribuan komen berkenaan nya dimana mana sahaja laporan media terhadap Tun Mahathi.

Itu lah sebab dia perlu tunggang PUTRA dan PERKASA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button