16 tahun hidup seperti pelarian

Kota Bharu: Seorang remaja lelaki hidup bagaikan pelarian kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sejak 16 tahun lalu.

Mohamad Haffiq Hariry Shah Md Herman Shah, 16, berdepan masalah itu selepas ibu dan bapanya bercerai dan tidak mendaftarkan kelahirannya sejak dia masih bayi.

Dia sebelum ini menetap bersama ibu dan neneknya di Felda Bukit Kajang, Pahang dan hanya sempat bersekolah sehingga darjah lima.



Mohamad Haffiq berkata, ibunya pernah cuba untuk membuat pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan untuknya namun gagal kerana tiada dokumen yang diperlukan iaitu sijil nikah kedua orang tuanya.

“Saya difahamkan ibu dan ayah berkahwin di Thailand dan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.

“Tidak lama selepas saya dilahirkan, mereka bercerai manakala ibu membawa saya pulang ke kampung halamannya di Pahang,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, dia baru beberapa bulan menetap bersama nenek sebelah bapanya di Kampung Padang Enggang, di sini, dan bekerja sebagai mekanik bersama bapa saudaranya.



Katanya, dia memerlukan MyKad kerana ia sangat penting untuk semua urusan rasmi dan bukti sebagai warganegara.

Sementara itu, neneknya, Zainab Husin, 62, berkata, dia sudah beberapa kali cuba menyelesaikan masalah cucunya itu namun sehingga kini masih belum menampakkan hasil.

“Semua dokumen berkaitan sudah diberikan ibunya namun yang paling penting adalah sijil nikah kerana mereka berkahwin di Thailand dan tidak didaftarkan di sini.

“Kami juga pernah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tempat dia dilahirkan untuk mendapatkan rekod kelahirannya namun dimaklumkan hanya ibu atau bapa saja yang berhak mengambilnya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button