Hanya UMNO/BN Mampu Betulkan Kerosakan Ditinggalkan PH

KUALA LUMPUR – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu kembali untuk menerajui tampuk kepimpinan negara kerana hanya parti itu yang prihatin kepada rakyat dan mampu untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Veteran UMNO Bahagian Damansara merangkap mantan Senator Dewan Negara, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah berkata, UMNO/BN merupakan satu-satunya parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan rakyat keseluruhan.

“Sudah pasti UMNO/BN harus menang kerana inilah satu parti yang betul-betul menjaga kepentingan orang Melayu. It is very important. Kalau kita tak jaga betul-betul, kita akan kehilangan banyak benda.



“Orang-orang muda mungkin kurang faham. Tetapi kami veteran-veteran yang lama ni, tahu perjuangan UMNO/BN dari dulu and it is not easy,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Raja Ropiaah lagi, meskipun Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa, kepentingan orang Melayu harus dijaga dengan sebaiknya.

“Kita sebuah negara yang berbilang bangsa. Tetapi, orang Melayu juga harus dijaga dan ditentukan masa depan mereka.



It is very important you know, kadang-kadang kita mungkin terlupa. Kita ingat everything is okay but it is not. Kita kena jaga bangsa kita, agama kita. Ini negara kita sebenarnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Veteran UMNO Bahagian Kuala Selangor, Mohd Thani Abd Karim, 75, pula berpendapat, hanya UMNO/BN boleh memenuhi kehendak rakyat dan sering menyalurkan bantuan.

“Memang tidak boleh dinafikan bahawa buat masa sekarang UMNO/BN perlu menang. Sebelum UMNO/BN, zaman parti Perikatan. Saya hidup sebelum Perikatan dan sehingga sekarang saya nampak perbezaan.



“Banyak bantuan ataupun keperluan yang kita mahukan, UMNO/BN sahaja yang boleh penuhi. Janji-janji pihak sebelah sana tu (PH), banyak tidak ditepati dan hanya retorik mereka semata-mata,” katanya.

Katanya lagi, untuk memperbetulkan segala kerosakan dan kepincangan yang dilakukan oleh PH, UMNO/BN perlu menguasai tampuk kepimpinan.

“Nak betulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh PH, UMNO/BN perlu menang. Barulah dapat kita betulkan.

“Kalau kita nak tegur mereka, mereka akan kata itu cara mereka. Sesiapa pun jadi pemerintah akan melaksanakan segala sistem mengikut cara masing-masing. Begitu juga kita. Maka, UMNO/BN mesti menang dan kembali memerintah,” katanya lagi



UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button