Lim Teong Kim mengemudi Perak FC
IPOH -PERSOALAN mengenai siapa individu yang bakal mengemudi Perak FC bukan lagi menjadi teka-teki selepas pelbagai nama dikaitkan sebagai pengganti Yusri Che Lah sebelum ini.
Akhirnya Perak FC mengumumkan Lim Teong Kim, yang merupakan bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebagai ketua jurulatih skuad Seladang berkuat kuasa serta-merta.
Pengendali berusia 59 tahun itu akan menggantikan tempat Yusri yang mula mengemudi pasukan berkenaan pada awal musim 2022.
“Teong Kim menandatangani kontrak dua tahun dengan Perak FC, yang mana kelab itu mempunyai pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.
“Teong Kim menyatakan bahawa beliau ingin membantu membawa perubahan struktur kepada cara bola sepak dikendalikan di Malaysia,” tulis kenyataan itu pada Selasa.
Bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari itu bukan nama asing dalam Liga Malaysia dan dengan pengalaman 12 tahun melatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Bundesliga, Bayern Munich sekali gus membawa perubahan kepada Perak FC musim depan.
Antara nama-nama besar yang pernah dilatih Teong Kim ialah Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.
Pada Isnin, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi berkata, Perak FC akan membuat perubahan meliputi pertukaran dari segi pemain, teknikal pasukan dan pastinya barisan kejurulatihan.
“Perancangan kita ini meliputi pertukaran dari segi teknikal pasukan atau staf kejurulatihan.
“Pertukaran dari segi pemain-pemain. Kita telah pun melihat keperluan kita dari segi pemain-pemain dari barisan depan, tengah, belakang,” katanya.
Malah, beliau turut menjelaskan bahawa pengendali ketika ini iaitu Yusri akan terus bersama Perak FC.
“Pada saya tiada apa komen untuk perkara-perkara itu, esok (Selasa) kita akan sebarkan dan huraikan dengan lebih terperinci berkenaan pertukaran yang bakal dibuat.
“YCL masih akan ada tempat di Perak FC, kita takkan lepaskan dia begitu sahaja kerana dia banyak berjasa kepada Perak khususnya semasa kita lalui tempoh yang agak gelap tanpa gaji dan sebagainya. Tapi dia masih bertungkus lumus menyediakan pasukan tiap-tiap minggu. Kalah menang itu nombor dua tapi yang penting dia masih ada bersama Perak FC,” jelasnya.
Terdahulu selain Teong Kim, beberapa nama besar dalam dunia bola sepak seperti Tan Cheng Hoe, Datuk K.Rajagobal, B.Sathianathan merupakan antara senarai pendek yang dikaitkan dengan Perak FC sebelum ini. Majoriti