Ancam “sumbat dalam penjara”, apa respon PMO?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Dalam satu rapat mega anjuran PKR pada 11 September lepas, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah menyebut nama Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai salah seorang yang akan “disumbat masuk ke penjara” jika PH memerintah.
Rafizi yang berucap dengan penuh emosi mencabar PM membubarkan parlimen ketika musim banjir.
Mungkin bagi Rafizi, Ismail Sabri adalah individu mewakili Umno dan beliau menyifatkan gesaan untuk pembubaran parlimen hanya akan menyusahkan rakyat.
Nada ini agak berbeza semasa kejatuhan PH selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan. PH ketika itu menyifatkan kerajaan yang dibentuk Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan ‘tebuk atap’ dan mahu mandat dipulangkan kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan baru.
Bagaimanapun, kini PH sedaya-upaya tidak mahu Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat. Mengapa? Adakah kerana mereka sedang merencanakan kerjasama dengan parti lain untuk mengalahkan BN?
CERAMAH HANYA UNTUK POPULAR DAN ‘SEDAP’ DIDENGARI
Ancaman ini agak keterlaluan untuk diucapkan seorang ahli politik semata untuk meraih tepukan gemuruh penonton.
Namun demikian, sehingga hari ini, PMO (Prime Miniter Office) tidak memberi sebarang respon terhadap ancaman ceramah Rafizi Ramli.
Jika diperhatikan, media sosial seringkali menjadi medan perdebatan maya kepada penyokong parti politik dan adakala melampaui batas.
Malah ada laporan polis telah dibuat oleh pegawai PM terhadap individu tertentu kerana dikatakan menghina Ismail Sabri dan kerajaan.
Agak berbeza pendekatan PMO terhadap Rafizi yang terang-terang telah membuat ancaman terhadap PM. Adakah ada perbezaan ‘darjat’ seseorang untuk dilaporkan kepada pihak Polis?
Sewajarnya PMO bertindak mengekang siri ceramah yang membangkitkan kebencian terhadap Perdana Menteri, lebih lagi ceramah berbentuk ancaman terhadap Ismail Sabri.
“Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’