“Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’

Rafizi mahu sumbat pemimpin Umno ke penjara

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Kita humban mereka" - Anwar naik 'syeh'

 



“Kita humban mereka” – Anwar Ibrahim semasa berucap dihadapan audien Himpunan Mega PKR

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Rafizi Ramli menunjukkan belang sebenar mereka apa bila “naik syeh” semasa berceramah semalam.

Ceramah PKR tersebut hanya dipenuhi dengan kebencian serta perancangan sekiranya PKR bersama Pakatan Harapan berkuasa semula pada PRU15.

“kalau kamu berani panggil pilihanraya masa banjir, insyaallah kami sumbat kamu semua ke dalam penjara” – Rafizi Ramli



Mungkin ini sesuatu yang boleh difikirkan Naib Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai tarikh Pilihanraya Umum Ke-15.

Teka-teki tarikh PRU15 berlegar di kalangan rakyat yang masih tertanya mengapa Ismail belum mempunyai keberanian untuk membubarkan Parlimen.

Membaca pelbagai kenyataan Perdana Menteri mengenai pembubaran parlimen, alasan demi alasan diberikan dan alasan paling popular ialah perbincangan dengan Top5 Umno belum dimuktamadkan.



Musuh sudah membunyikan semboyan tetapi Umno masih tercari dakwat untuk menoktahkan tarikh.

Kini, secara terang dan jelas PKR memberikan amaran terhadap kerajaan. Maasih mahu berkira-kira atau perlu merujuk kepada pakar kaji bintang untuk membubarkan Parlimen?

Parlimen bubar sebelum UNGA berlangsung?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button