MUHYIDDIN Pengerusi MPN sekadar “kosmetik” tunggul kayu salahkan Ismail Sabri pula.  

 

 

Oleh Adam Malik



Apa fungsi sebenar Majlis Pemulihan Negara tiada siapa pun tahu.

Mungkin Sekadar hendak jaga air muka Muhyiddin yang kena lucut jawatan Perdana Menteri sahaja , itu agaknya.

Mungkin juga alat Mahathir intai hal dalaman kerajaan.

Jawatan yang pura2 dikejar oleh Tun Mahathir sekadar lakonan dimana akhirnya dapat kepada Muhyiddin Yassin.



Jawatan kosmetik yang “over ride” banyak kementerian yang sedia ada dan juga ‘overlap” tugas dan fungsi kementerian lain seolah olah kementerian yang ada semua nya lemah belaka dan menterinya tidak tahu tugasan sekadar rasmi majlis itu dan ini sahaja.

Hatta , tertubuh lah Majlis Pemulihan Negara.

Kini , dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk , ditambah dengan nilai ringgit yang semakin jatuh , maka Muhyiddin Yassin cuba jadi hero sama semacam Tun Mahathir juga.

Cuba cuci tangan.



Kedua dua individu yang menjahanamkan negara selama 22 dan  17 bulan sudah banyak menjual aset negara serta tambah hutang negara kini bersuara seolah olah mereka hebat dalam bidang ekonomi.

Dalam ‘spat’ terbaru , Muhyiddin cuba mengalihkan kebobrokan ekonomi negara kepada Perdana Menteri yang diikat dengan janji sulit.

Menteri dari BERSATU tidak membantu Ismail Sabri kerana tidak mahu Ismail Sabri cemerlang.



Muhyiddin sedang  memberi kilasan kempen PRU5 dengan mengalih segala kesalahan dan kerosakan negara kepada Datuk Seri Ismail Sabri.

Dengan kaitkan DSIS konon lemah mengurus ekonomi , maka boleh lah dikaitkan UMNO juga lemah.

Sedangkan keadaan sebenar ahli akar umbi UMNO juga marah dengan DSIS kerana nanti UMNO terpaksa pikul beban PM lantikan pihak lawan sedang DSIS pula degil dengan pendirian lawan arus.



Ahli akar umbi UMNO risau jika rakyat tidak faham situasi , bahawa DSIS bukan PM UMNO , atas sebab dia banyak bertindak manfaat kepada lawan UMNO.

Dalam situasi hari ini, jika keadaan negara dan ekonomi semakin teruk , maka tentu mereka yang malas berfikir akan cakap “PM dari UMNO lah yang akibat negara semakin teruk” .

Ini naratif yang Mahathir dan Muhyiddin sedang cuba main kan.

Mahathir yang mula dulu dengan kenyataan Ismail gagal urus negara dan kini disambung oleh  Muhyiddin.



Mahathir dan Muhyiddin yang paling banyak guna wang negara entah kemana dibelanjakan.

Dengan penjualan aset hampir RM80 billion , wang PETRONAS dalam 2 tahun hampir RM80 billion special dividend dan RM40 billion yearly dividend.

Kemudian pulangan wang 1MDB sejumlah RM32 billion dan hutang baru lebih kurang RM140 billion lagi.

Ini ditambah dengan kerajaan gagal Mahathir melalui Muhyiddin berbelanja hampir RM290 billion wang PKP Ketika Parlimen tidak bersidang dan RM310 bajet tahunan.

Ini semua bukan DSIS tetapi kedua individu Mahathir dan Muhyiddin.

Kini , dalam skrip hendak salahkan orang lain setelah menjahanamkan negara , maka faham lah kita Muhyidin sekadar menyanyi lagu tuan nya Mahathir sahaja.

Mahathir yang terkenal kedekut tidak memberi apa2 faedah kepada rakyat Ketika mentadbir negara selain mencipta skandal untuk musuhnya demi mengalihkan perhatian ditumpu kepada nya.

Maka , jika Muhyiddin mahu ikut seperti Mahathir menuduh DSIS tidak pandai urus negara dan ekonomi maka bubar sahaja lah MPN itu terlebih dahulu dimana rakyat pun tidak tahu apa faedah nya selain Muhyiddin syok sendiri sahaja.

Bubar dan letak jawatan jika benar ekonomi dan wang negara semakin parah kerana keujudan MPN tidak membantu pun.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button