Akar Umbi UMNO Berjaya Laksanakan Persidangan Cawangan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan penghargaan kepada seluruh ketua cawangan termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara kerana berjaya memenuhi tanggungjawab mengadakan persidangan masing-masing.

Ini kerana katanya, persidangan mesyuarat UMNO peringkat Cawangan adalah satu tanggungjawab bagi ahli parti dan ianya termaktub dalam Perlembagaan parti.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua cawangan UMNO yang telah mengadakan persidangan di cawangan masing-masing seluruh negara dan ia adalah satu perkara yang memenuhi tanggungjawab kita dalam perlembagaan parti dan dalam Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (RoS).



“… dan kita harap segala laporan-laporan segera dihantar ke Ibu Pejabat UMNO khususnya Borang 9 supaya boleh menghantar kepada RoS mengikut berapa cawangan yang selesai dan sebagainya. Ianya juga adalah persiapan yang baik dan juga ada arahan tertentu yang perlu dibuat mengenai kajian sikap dalam cawangan-cawangan yang kita arahkan.

“Terima kasih semua, sekali lagi pada semua ketua cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang sudah selesai melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan pada mereka,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Dalam pada itu menurut Ahli Parlimen Pontian mesyuarat UMNO bahagian akan terus dijalankan walau apa jua keadaan politik yang berlaku dalam negara.

“Kita akan teruskan mesyuarat UMNO bahagian, tidak ada penangguhan untuk mesyuarat bahagian empat peringkat dan tidak ada sebarang penangguhan untuk itu.



“Apa juga berlaku sama ada hujan atau tidak hujan, tengkujuh, banjir tak banjir, bubar tak bubar… segalanya akan diteruskan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri diteruskan mengikut tarikh yang telah dinyatakan,” ujarnya.

Untuk rekod, persidangan UMNO cawangan telah bermula pada 15 Ogos hingga 18 September lalu.  Ia akan disusuli mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan bersidang pada 7 hingga 9 Oktober dan mesyuarat perwakilan bahagian diadakan pada 14 hingga 16 Oktober.

UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button