‘SUMPAHAN’ TSUNAMI MB KEDAH LANDA MUKHRIZ, KEMANA HALUAN SELEPAS INI?

Pertukaran MB Kedah Semakin Hampir, Pakatan Harapan Kedah Lumpuh

 

Sudah hampir pasti pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah akan bertukar berikutan krisis yang melanda Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Daripada 36 Adun Kedah yang menyokong untuk mengekalkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar hanyalah 13 Adun manakala selebihnya menyokong kerajaan baru dibentuk.



KRONOLOGI KEJATUHAN MUKHRIZ 2016

Ini merupakan tamparan buat Timbalan Presiden PPBM sejak mengambil alih pentadbiran Kedah pada Mei 2018 selepas kemenangan Pakatan Harapan. Sebagai rekod seandainya esok Menteri Besar baru diperkenan Tuanku Sultan Kedah bermakna ini kali ke-2 Mukhriz hilang sokongan dan kepercayaan sebagai Menteri Besar. Sebagai rekod kali pertama beliau kehilangan sokongan dan kepercayaan ialah pada 2016.

Mukhriz turut dicabar untuk membuktikan beliau masih mempunyai sokongan dari Adun Kedah sebagaimana didakwa. Cabaran terhadap Mukhriz telah dilemparkan oleh Pemuda Umno Kedah pada 14 Mei 2020. Sebarang perubahan landskap politik Kedah Darul Aman hanya akan diketahui esok dan sudah tentu pemerhati politik sedang menganalisa hala tuju Mukhriz selepas tidak lagi bergelar MB. Sebagaimana diketahui, BERSATU sedang mengadakan pemilihan dan Mukhriz telah mengumumkan akan mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden. Sudah pasti Tun Mahathir menyokong penuh Mukhriz bagi menumbangkan Muhyiddin yang beliau dakwa mengkhianatinya apabila Pakatan Harapan tumbang di Pusat. Malah Tun M berulang kali menyebut perkara tersebut dan menyifatkan kerajaan yang diterajui Muhyiddin hari ini mengkhianati mandat rakyat selain beberapa dakwaan sampingan.



Desas Desus Tukar Parti

Seorang pemerhati politik (enggan dikenali) menjangkakan PPBM atau BERSATU akhirnya akan dibubarkan oleh Muhyiddin sebagai langkah terakhir menyekat sokongan kepada Mukhriz. Ini kerana masih ramai lagi dalam BERSATU terus teguh dan bersama Tun M dan Mukhriz dalam diam-diam. Mereka hanya akan tampil apabila pertembungan Muhyiddin – Mukhriz berlaku dan ketika itu Muhyiddin tidak akan mampu bertahan pada kedudukannya lagi memandangkan Mukhriz berjaya membina ‘Empayar Politik’ semasa Muhyiddin sibuk sebagai Perdana Menteri.



Malah menurut pemerhati itu lagi, tidak mustahil sekiranya ada ‘Back Up Plan’ untuk Mukhriz dan sudah ada desas desus DAP menawarkan kedudukan yang selesa dalam parti itu sebagai alternatif. Bagaimanapun pemerhati politik tersebut enggan mengesahkan khabar angin tersebut. Perkara ini tidak disahihkan dan masih dalam spekulasi.

Tidak dinafikan baru-baru ini, Tun M ada mengeluarkan kenyataan berkaitan sikap ‘bacul’ orang Melayu terhadap DAP. Beliau menyifatkan orang Melayu khususnya dalam politik berlebihan memangsakan DAP dalam mewatakkan percaturan politik DAP selama ini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=II_ntq-E1Zg[/embedyt]

Bagaimanapun kenyataan Mahathir diselar oleh rakyat dengan mengeluarkan klip video ucapan Mahathir sendiri mengenai DAP, Lim Kit Siang dan apa kemungkinan berlaku jika DAP berkuasa. Tidak menghairankan jika Mahathir yang telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kini mula memberi fokus terhadap DAP sebagai platform baru politik beliau. Bagi mengatasi ‘trauma’ Melayu, Mahathir melihat kedudukannya dalam BERSATU sudah sampai ke penghujung dan Mukhriz juga mungkin akan hilang tapak politik sekiranya PPBM dibubarkan maka DAP menjadi pilihan. Sebagai parti politik yang sememangnya mahukan sokongan terutama kaum Melayu, tidak mustahil akan ada ‘give and take’ dalam DAP untuk kepentingan survival politik.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button