Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Parti UMNO sebenarnya mempunyai ramai cendekiawan yang bijak pandai serta berkelulusan tinggi dari universiti di dalam atau luar negara.

Ada di antara cendekiawan UMNO berjaya dalam karier politik mereka, tidak kurang juga yang tersungkur di tengah jalan.

Apa yang membezakan mereka sehingga perjalanan politik mereka berbeza?



Mereka bijak, tetatpi ada yang tidak cerdik.

Mereka semua mempunyai otak yang bagus, tetapi tidak semua mempunyai akal yang waras.

Sebelum ini akar umbi UMNO menyaksikan, bagaimana Khairy Jamaluddin, lulusan dari Universiti Oxford, dipecat dari parti.

Sebabnya mudah dan tidak sepatutnya beliau lakukan, malah siapa sahaja yang berada di dalam parti tidak patut melkukannya.



Menyerang parti sendiri ketika kempen pilihanraya!!!

Bertanding menggunakan jentera parti dan lambang parti, tetapi berkempen dengan menyerang parti.

Pelik tapi benar dan itulah yang berlaku.

Kini, muncul lagi seorang cendekiawan UMNO yang dilihat berpotensi berperangai seperti Khairy Jamaluddin.



Isham Jalil seorang yang bijak dan berhemah.

Sentiasa berhujah dengan fakta yang telah dipastikan kesahihannya.

Tetapi penulis terkejut melihat perubahan sikap benar akhir-akhir ini.

Beliau secara terbuka menyerang parti dengan fakta yang tidak tepat.



Belajar Dari DAP Bukan Kaji Semula Kerjasama Dengan DAP

Kenyataan pertama adalah beliau mendakwa UMNO seolah-olah mahu mendapatkan undi sebanyak 500 tetapi mengorbankan 5,000 undi.

Dan beliau mahu supaya UMNO mengkaji semula kerjasama politik antara UMNO dan DAP.

Realitinya, tanpa DAP, bukan sahaja Barisan Nasional, malah Pakatan Harapan sendiri pun akan kehilangan Pulau Pinang dan Selangor.

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



Melalui analisa infografik yang dilakukan oleh Facebooker Pak Long Zakaria, itulah gambaran kasarnya.

Mungkin ada yang beranggapan unjuran di atas terlalu simplistik, tetapi persoalan yang hendak disampaikan ialah, di manakah kekuatan UMNO sebenarnya.

Bagi penulis, UMNO sebenarnya bukan perlu mengkaji semula kerjasama dengan DAP.

Tetapi UMNO sebenarnya perlu belajar bagaimana DAP berkerja.



UMNO kini berada dalam kedudukan yang hampir sama seperti DAP ketika pasca Tragedi 13 Mei 1969.

Bukan sahaja ditolak oleh pengundi berbangsa lain, tetapi pengundi bangsa sendiri pun menolak DAP ketika itu.

Kini, DAP semakin diterima, malah menguasai lebih 90% undi dari pengundi bukan Melayu.

Dakwaan UMNO Akan Pecat Ahli Yang Undi Perikatan Nasional

Isham juga mendakwa, UMNO akan membuat proses pemutihan dengan memecat ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional dalam PRN 6 negeri.

Boleh Isham beritahu, bagaimanakan caranya untuk UMNO menyemak parti mana yang ahli UMNO undi?

Bagi penulis, Isham adalah seorang yang berpotensi untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Jangan musnahkan potensi tersebut hanya kerana sedikit rasa tidak puas hati atau berselisih faham dengan kepimpinan utama.

Belajarlah dari pengalaman pemimpin UMNO sebelum ini.

Tun Abdullah Badawi atau Pak Lah, pernah dipecat dari parti.

Tetapi disebabkan beliau bijak menguruskan emosi, akhirnya beliau menjadi presiden UMNO dan perdana menteri.

Jangan ulangi sikap gelojoh Khairy Jamaluddin yang akhirnya merosakkan diri sendiri dan parti.

Sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan.

Buktikan bahawa Harvard tidak sama dengan Oxford.

 

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button