Mahathir penuh Bagasi , tidak layak jadi calon Perdana Menteri sekali lagi walaupun sehari.

 

Oleh Adam Malik

Dipercayai melalui sumber tertentu , Tun Mahathir sedang membuat kerja2 belakang tabir pergunakan pengaruh dan pihak ketiga untuk membuat laluan untuk dia menjadi Perdana Menteri.



Apabila Mahathir memberi kenyataan jika tiada siapa yang layak atau sesuai untuk menjadi calon menjadi Perdana Menteri , maka beliau tiada keberatan untuk dilantik, sebenarnya Mahathir sedang kondisi kan minda rakyat untuk sedia menerimanya kembali.

Mahathir juga turut menyatakan ada beberapa pihak yang mahu beliau Kembali terajui negara.

Tidak dipastikan siapa pihak itu.



Pada PRN Johor , Mahathir sudah ditolak oleh rakyat apabila jenama beliau melalui Parti PEJUANG hilang deposit 100% disemua Kawasan yang ditandingi , 42 kerusi jumlahnya.

Ia manifestasi penolakan rakyat terhadap Tun Mahathir melalui parti nya .

Jika ini bukan ‘yardstick’ ukuran  kebencian dan penolakan rakyat terhadap Mahathir , kroni dan anak beranak nya, tidak tahu lah ukuran apa pula yang boleh digunakan untuk menilai Mahathir.



Maka, jelas , rakyat tidak mahu Mahathir lagi, pendek kata Mahathir yang memerlukan rakyat tetapi rakyat tidak perlukan Mahathir.

Pada hasrat Mahathir mahu berura ura menjadi Perdana Menteri , sebenarnya Mahathir sudah tidak layak kerana ada banyak bagasi bersama nya.

Mahathir seharus tumpu kepada kes RCI Pulau Batu Puteh , selain itu kes RCI Forex yang dikataka akan dibuka semula jika Barisan Nasional memerintah harus juga diambil kira oleh Mahathir.

Mungkin juga ini antara sebab Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri.



Sambil itu , kes2 bualan rakyat seperti Kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz ,juga jelas terlihat walaupun Mahathir ‘self claimed” beliau pejuang lawan rasuah , maka sehingga kini tiada terlihat tanda2 beliau mendesak kes dibuka segera.

Maka, ditakuti jika kes itu dibuka, maka akan terganggu kes itu atas sebab bekas Gabenor ada lah terkenal sebagai ‘proksi’ dan ‘kroni’ Mahathir da Tun Daim.

Banyak lagi hal boleh terganggu dan terhalang yang berkaitan kepentingan negara jika Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi.



Harus di ingat pelabur saham cabut lari  dalam nilai berbilion Ringgit sebaik sahaja Mahathir mengambil alih pemerintahan negara.

Mereka mengandaikan kembalinya “Crony Capitalism” dalam kerajaan Malaysia.

Maka, amat tidak cucuk jika rakyat memilih Mahathir sekali lagi untuk Kembali ketampuk teratas negara , reputasinya tidak sesuai dan cara nya sudah tidak berkesan.



Mahathir penuh dengan rencana “self serving” yang terselindung.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button