Mahathir bukan penyelesai masalah negara , Mahathir sendiri sebahagian dari masalah negara.
Oleh Adam Malik
Negara kita sedang menghadapi masalah ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit.
Sememang nya negara kita negara berdagang memang akan ditimpa masalah ekonomi apabila negara seluruh dunia hadapi masalah yang sama.
Namun, negara kita juga ada masalah sampingan yang tidak ada pada negara lain.
Negara kita sedang hadapi masalah imej dan reputasi selain masalah ekonomi.
Yang perlu dipulih bukan sahaja ekonomi tetap juga masalah imej.
Imej kita rosak terus sebaik sahaja kerajaan gentian Barisan Nasional ia itu kerajaan Pakatan Harapan ambil alih teraju kepimpinan negara.
Banyak perkara yang baik dan polisi yang baik ditukar dengan teruknya.
Ada polisi dan dasar ditukar bukan kerana polisi dan dasar itu tidak baik tetapi semata mata kerana ia polisi kerajaan yang sebelumnya dan harus dihapuskan.
Selain dari hal2 ini , masalah negara adalah akibat kerajaan yang tidak stabil.
Kerajaan di anggap sementara semata mata oleh pihak luar negara.
Jika ia dianggap sementara maka tiada apa2 perjanjian boleh dilaksanakan kerana tidak diketahui apabila diganti maka dasar akan ditukar atau dibatalkan.
Bermakna, masalah bukan sahaja dengan kerajaan yang sedia ada , terapi juga kerana tidak tahu siapa akan mengganti seleoas ini.
Lebih parah lagi , individu seperti Tun Mahathir masih lagi enggan duduk diam dan enggan berundur.
Selain enggan berundur masih aktif mengatur kuasa dan masih ingin berkuasa.
Dasar Kerajaan pimpinan Mahathir 22 bulan yang banyak merosakan negara.
Banyak aset2 berharga negara telah dijual dan digadai.
Syarikat minyak negara PETRONAS pula habis dijarah diperah hingga kering.
Selama ini, kerajaan tidak pernah menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Amanah Negara tetapi ia tetap telah diganggu di era 22 bulan pemerintahan Mahathir.
Sambil itu hutang negara semakin bertambah dan negara menambah hutang bon baru dari negara Jepun.
Itu berkenaan ekonomi , berkenaan politik lebih dasyat parti2 politik berpceah dan bersengketa 24 jam.
Jika dinegara lain sebaik habis PRU maka habis lah ‘politiking’ , tetapi di Malaysia politik berterusan 24 jam.
Pada isu lain pula, bidang kehakiman menjadi perkara sindiran dan kritikan rakyat.
Ada yang sungguh2 mahu dhukum seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi, tetapi ada pula yang tidak didakwa lansung seperti kes bekas Gabenor dan Hakim Nazlan Ghazali yang sah menerima rasuah seperti di siasat oleh dua entiti PDRM dan SPRM.
Indeks rasuah negara semakin teruk kerana pelaku rasuah tidak didakwa mengambil contoh kes rasuah Zeti dan Nazlan.
Dalam pada hal ini semua ,masih ada suara2 sumbang mahu cadangkan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Jika Mahathir ada akal untuk mebantu negara , sekarang dan hari ini pun beliau boleh memberi cadangan dan cara2 untuk menyelesaikan masalah seperti yang Najib Razak lakukan.
Tidak perlu jawatan Perdana Menteri pun untuk membantu rakyat.
Masalah Malaysia bukan sahaja ekonomi , tetapi masalah imej juga.
Kerajaan 22 bulan bawah pimpinan Mahathir sangat merosakan imej negara , bidang kehakiman , pendakwaan terpilih, keputusan pembatalan projek yang sudah dimeteri dan penipuan janji manifesto terhadap pengundi menjadi peringatan supaya hal sebegini harus dihalang dari berulang lagi.
Jika ada pihak yang cadang Mahathir Kembali menjad Perdana Menteri , pihak itu harus berfikr dua kali.
Mahathir bukan penyelesai masalah negara, Mahathir adalah sebahagian dari masalah negara.