Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Mesyuarat Top5 Umno telah berlangsung petang ini menjadi perhatian seluruh negara. Mesyuarat yang turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Naib Presiden, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob selepas pulang dari UAE semalam.
Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Dato Seri Utama Mohamad Hasan dan 2 lagi Naib Presiden kelihatan ceria semasa mesyuarat berlangsung.
Mesyuarat Top5 Umno dikatakan mesyuarat penting bagi menentukan hala tuju Umno dan BN dalam menghadapi PRU15 serta menjadi medan perbincangan tarikh pembubaran Parlimen.
Bagaimanapun, difahamkan keputusan mesyuarat Top5 masih diselubungi misteri dan hanya akan diketahui malam ini selepas mesyuarat MKT Umno.
Para wartawan kelihatan hadir di Menara Dato Onn lebih awal bagi mendapatkan berita mutakhir mesyuarat Top5 Umno.