Kaviarusu terima dermasiswa Program SULUNG

(Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyampaikan surat tawaran kemasukan ke UniMAP dan Dermasiswa Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) kepada Kaviarusu Linggam di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, semalam)

Oleh Rohana Man

NILAI – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengambil kesempatan daripada program lawatan beliau ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyerahkan surat tawaran Dermasiswa Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) kepada seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).



Pelajar bertuah itu, Kaviarusu Linggam akan meneruskan pengajiannya dalam program Kejuruteraan Elektronik di universiti tersebut.

“Sebaik sahaja selesai program di USIM, saya berkesempatan untuk menyerahkan surat tawaran Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) kepada saudara Kaviarusu Linggam yang bakal menyambung pengajiannya dalam program Kejuruteraan Elektronik di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) nanti,” kata Noraini dalam satu hantaran di laman Facebooknya , semalam.

Program SULUNG adalah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu anak-anak daripada keluarga B40 yang menjadi individu pertama dalam keluarga tersebut melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Menerusi program tersebut, Kaviarasu menerima sumbangan seperti komputer riba, wang tunai berjumlah RM1,000 dan bakul makanan serta surat tawaran kemasukan ke UniMAP.



UniMAP akan menerima pendaftaran pelajar baharu Sidang Akademik 2021/2022 pada 9 Oktober ini secara dalam talian, manakala kemasukan secara fizikal dengan hadir ke kampus secara berperingkat bermula 22 Oktober hingga 24 Oktober 2022.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Dalam satu perkembangan lain, Noraini dalam lawatannya ke USIM berkata, sektor pendidikan merupakan antara pemacu ekonomi Malaysia dan mempunyai kesan pengganda ekonomi yang tinggi.

Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan KPT untuk mencapai tuan rumah kepada 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025, seterusnya menjadi antara hab pendidikan tinggi di peringkat global.



“Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, secara konsisten mendapat kedudukan tinggi dalam QS Top Universities ‘Bandar Paling Mampu Milik untuk Pelajar’.

“Kos pengajian yang berpatutan mendorong pelajar untuk melanjutkan pelajaran secara formal sambil menimba pengalaman dan menerokai warisan budaya Malaysia yang kaya dan pelbagai,” katanya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button