Pellegrini nanti ‘kunjungan panas’ Mourinho

BARCELONA: Permusuhan antara jurulatih Roma, Jose Mourinho dan rakan sejawatannya di Real Betis, Manuel Pellegrini sudah membuak-buak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pertembungan dalam Liga Europa awal pagi Jumaat ini mungkin menjadi titik penentu.

Ia membabitkan perlawanan ketika pasukan Itali itu mahu terus berada dalam kejohanan berkenaan manakala Betis boleh meneruskan kemaraan jika menang di stadium Seville dekat Benito, tempat mereka banyak meraih kemenangan musim ini.

Mourinho dilantik sebagai jurulatih Real Madrid pada 2010 selepas Presiden Florentino Perez memecat Pellegrini secara kontroversi selepas dia mencatat rekod kelab dengan mata keseluruhan 96 dalam La Liga. Ia tidak cukup untuk menewaskan skuad kendalian Pep Guardiola, Barcelona yang mengumpul 99 mata.



“Jika Madrid memecat saya, saya tidak akan melatih Malaga, saya akan menguruskan kelab tahap tinggi di Itali atau di England,” kata Mourinho ketika ditanya apa yang akan dilakukannya jika dipecat Perez.

Malaga ialah pangkalan terbaharu Pellegrini, membantu kelab itu ke tangga keempat dengan rekod baharu kelab 58 mata.

Dalam Liga Juara-Juara tahun berikutnya, mereka mara ke suku akhir namun Borussia Dortmund menewaskan mereka pada pertembungan sengit itu.

Di padang, Madrid mengatasi skuad kendalian Pellegrini, setiap kali mereka bertemu dan pernah sekali menang 7-0 dan Mourinho meraih gelaran La Liga pada 2012, sesuatu yang tidak berjaya dilakukan musuhnya itu.



Pasangan itu bertemu kembali dalam Liga Perdana dengan pengendali dari Portugal itu membimbing Chelsea selepas kejayaan di Inter Milan dan jurulatih dari Chile itu bersama Manchester City.

Pellegrini enggan bersalam dengan Mourinho selepas Chelsea menewaskan City 2-1 pada 2014, namun dia menang kejuaraan bersama City selepas itu.

Berdasarkan sejarah, Mourinho memiliki kelebihan apabila menang lapan kali daripada 16 pertembungan dan seri tiga kali walaupun ketika kedua-duanya bertemu di Itali, minggu lalu, Betis menang 2-1.

“Mourinho ada karier gemilang dan dia ada plihan lebih matang kerana ke Roma,” kata Pellegrini. “Saya masih ingat apabila saya ke Malaga selepas Madrid, dia berkata tidak sesekali akan melatih pasukan seperti Malaga.



“Saya bangga ke sana kerana saya sukakan cabaran, dan ia projek baharu … Saya rasa perkara sama berlaku kepada Mourinho.

“Dia berada dalam bola sepak elit dan kini dia juga sukakan cabaran, seperti membawa Roma ke Liga Juara-Juara atau menang Liga Conference.”

Mourinho memerlukan satu lagi kejayaan di Eropah bagi memberikannya kemenangan ke-107 dalam kejohanan peringat benua itu, jumlah yang membolehkan dia mengatasi bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson dalam rekod sepanjang zaman.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button