Kini boleh ‘add’ 1,024 orang ke dalam Whatsapp Group

KUALA LUMPUR – WhatsApp bakal meningkatkan had jumlah ahli mesej berkumpulan (group chat) kepada seramai 1,024 berbanding had seramai 512 ahli ketika ini.

Menurut laman web WABetaInfo, beberapa pengguna aplikasi WhatsApp versi beta untuk Android dan iOS mendapat akses kepada ciri tersebut bermula minggu ini.

Difahamkan, semua pengguna bakal mendapat akses kepada ciri baharu itu dalam masa terdekat.

Dengan peningkatan had itu, WABetaInfo memaklumkan bahawa WhatsApp turut sedang mengusahakan ciri-ciri baharu untuk memberi pentadbir kumpulan (admin) lebih banyak pilihan untuk menangani kumpulan besar, termasuk membina sistem kelulusan keahlian baharu.

Pada Mei lalu, WhatsApp meningkatkan had kepada 512 dalam satu group chat serta membenarkan pengguna berkongsi fail sebesar 2GB.

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading