Telco Malaysia komited jayakan Pakej 5G Rahmah

Telco Malaysia komited jayakan Pakej 5G Rahmah

Telco Malaysia komited jayakan Pakej 5G Rahmah
Idham Nawawi

Kuala Lumpur: Syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia tampil menyatakan komitmen mereka untuk menjayakan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam yang dilancarkan kerajaan hari ini.

Syarikat telco yang terlibat dalam inisiatif tersebut ialah CelcomDigi Bhd, Maxis BHd, TM (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes).

Pakej dan insentif tersebut merupakan satu inisiatif kerajaan bersama syarikat telco dan beberapa syarikat peranti telekomunikasi sebagai usaha kerjasama untuk memastikan rakyat boleh menikmati manfaat 5G, akses internet berkualiti pada harga berpatutan, dan seterusnya merapatkan jurang digital.



Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata syarikat penyedia perkhidmatan itu bertekad untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membawa akses digital yang berkualiti serta manfaat kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng dalam kenyataan yang sama berkata Maxis komited menyokong agenda kerajaan untuk memastikan akses yang saksama kepada internet dan komunikasi dalam era digital ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




“Kami berbesar hati untuk memainkan peranan kami dengan menawarkan pakej ini untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris yang mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperluas penawaran mudah alih dan internet berkualiti kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan akses pada harga mampu milik.

Terdahulu, hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melancarkan Pakej 5G Rahmah — pakej telefon pintar 5G dengan harga peranti serendah RM240.00 berserta pelan data dari 60GB pada harga RM60.00 sebulan, tersedia untuk langganan seawal 31 Ogos 2023.

Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga peranti serendah RM120.00.



Turut dilancarkan ialah Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam yang disasarkan kepada semua penjawat awam Malaysia, menawarkan rebat RM10 sebulan dengan langganan boleh dilakukan mulai 16 September 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata syarikat tersebut berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif ketersambungan Rahmah kerajaan kerana berpandangan bahawa semua rakyat Malaysia harus mempunyai akses kepada ketersambungan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.



“U Mobile komited dalam usaha mengurangkan jurang digital melalui pengalaman ultra pantas 5G serta produk yang terbaik dalam kelasnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K Lee turut menyatakan sokongan terhadap usaha murni kerajaan itu.

“Pihak kami telah menyediakan pakej RM35 untuk 100GB dengan Peranti 5G, yang lebih murah berbanding harga maksimum, agar semua warga Malaysia dapat menikmati perkhidmatan 5G dengan pelbagai peranti pilihan,” katanya.

Telco Malaysia komited jayakan Pakej 5G Rahmah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading