Klinik jadi tempat penduduk berlindung elak harimau berkeliaran

Klinik jadi tempat penduduk berlindung elak harimau berkeliaran

Klinik jadi tempat penduduk berlindung elak harimau berkeliaran
Sebahagian daripada penduduk Kampung Chemal, Pos Belatim menumpang tinggal di Klinik Kesihatan Kampung Chemal kerana takut harimau yang berkeliaran di perkampungan mereka

GUA MUSANG: Lebih 30 penduduk Kampung Chemal dari Pos Belatim di sini, kini berkampung di Klinik Kesihatan Kampung Chemal sejak tiga hari lalu, kerana bimbangkan keselamatan diri susulan kemunculan harimau belang di perkampungan itu.

Penduduk mendakwa haiwan liar itu turut berkeliaran di beberapa perkampungan termasuk Kampung Chachuh, Kampung Sempadik, Kampung Cekrok, Kampung Penusin, Kampung Kajak, Kampung Kenben, Kampung Kansid dan Kampung Belatim sejak Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Belatim, Roireng Ngah, berkata kehadiran harimau belang itu dikesan apabila terdapat kesan tapak kaki dan anjing mati menjadi mangsa haiwan liar itu di sekitar rumah penduduk kampung.



Beliau berkata, ada juga dalam kalangan penduduk yang pernah terserempak dengan harimau belang itu yang sedang berkeliaran.

“Sejak Ahad lalu kami terpaksa berkurung di Klinik Kesihatan Kampung Chemal kerana bimbangkan serangan haiwan liar itu. Di klinik lebih selamat kerana terdapat pagar dan kami turut membawa lembing, parang dan senjata lain untuk keselamatan diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




“Terdapat bangkai anjing dengan kesan gigitan di kepala serta tompok darah dan tapak harimau belang kami jumpa di kawasan rumah dan sekitar padang berhampiran.

“Boleh dikatakan setiap malam haiwan liar itu berkeliaran di kawasan perkampungan kami dan sebelum ini di Pos Bihai,” katanya di sini, hari ini.

Penduduk, Kamal Pedik, 45, berkata tiga siri serangan pak belang di Pos Belatim terhadap anjing peliharaan penduduk membuatkan mereka semakin takut dan bimbang.

“Kesemua kejadian serangan yang berlaku pada Khamis dan Jumaat lalu dan terbaru tiga hari lalu pada waktu malam dan pagi di kampung berbeza.



“Keadaan ini sangat merisaukan kami penduduk kampung terutama untuk keluar mencari rezeki. Saya harap pihak berwajib dapat membantu kami penduduk Orang Asli yang tinggal di pedalaman,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’


Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, berkata setakat ini tiada aduan diterima pihaknya berkenaan kejadian di perkampungan Orang Asli terbabit.



“Kami belum menerima aduan daripada penduduk Orang Asli Pos Belatim berkenaan serangan harimau belang di kawasan perkampungan mereka.

“Bagaimanpun ketika ini anggota PERHILITAN Gua Musang berada di kawasan penempatan Orang Asli bagi membuat pemantauan selepas menerima aduan daripada penduduk Orang Asli di Pos Bihai,” katanya.

Klinik jadi tempat penduduk berlindung elak harimau berkeliaran

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading