Dewan Undangan Negeri Pahang dibubarkan

Oleh – Editor


Dewan Undangan Negeri Pahang dibubarkan

Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN) Pahang dibubarkan selepas mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah.



Kerajaan Negeri Pahang yang diwakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail membuat pengumuman pembubaran DUN Pahang pada jam 10 pagi tadi.

Pahang membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan pembubaran Parlimen bagi menjimatkan kos Pilihanraya.

Beliau membuat sidang media khas bagi memaklumkan pembubaran serta membentangkan pencapaian BN Pahang selama berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Wan Rosdy juga merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Pahang kerana memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional bagi mentadbir Negeri Pahang.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading