McTominay selamatkan United

Saka makin menjadi buat Arsenal, McTominay selamatkan United

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 13: Scott McTominay celebrates with Marcus Rashford of Manchester United after scoring their team’s first goal during the UEFA Europa League group E match between Manchester United and Omonia Nikosia at Old Trafford on October 13, 2022 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

PARIS: Arsenal mengekalkan rekod sempura mereka dalam Liga Europa apabila gol Bukayo Saka memberikan kemenangan 1-0 di Bodo/Glimt, manakala Manchester United perlu menunggu hingga lewat permainan untuk menumpaskan Omonia Nicosia.

Saka menemui gol pada pertengahan babak pertama di Norway bagi memberikan Gunners kemenangan ketiga dalam Kumpulan A.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan terhadap pasukan yang sudah menang 14 perlawanan terakhir di sini, di tempat sendiri,” kata jurulatih Arsenal, Mikel Arteta kepada BT Sport.

“Kami sudah menjangkakan malam yang sukar di sini dan kami membuat banyak perubahan sekali lagi tetapi saya gembira menemui jalan untuk menang.”



Arsenal kini dua mata di depan PSV Eindhoven yang membelasah FC Zurich 5-0. Bodo/Glimt mengumpul empat mata daripada empat perlawanan.

Scott McTominay pula menyelamatkan maruah United menerusi gol kemenangan minit ke-93 ketika menewaskan kelab Cyprus, Omonia 1-0 di Old Trafford.

Penjaga gol Omonia, Francis Uzoho berjaya menyelamatkan banyak percubaan untuk mengecewakan United sebelum pemain tengah Scotland itu menemui gawang pada penghujung aksi.

“Kadangkala anda perlu lebih bersabar. Penjaga gol mereka berbeza kelas tetapi kami mencipta peluang yang cukup dan berhak mendapat gol pada penghujung,” kata McTominay kepada BT Sport.



“Ia gol yang besar kerana kami perlu menang dalam kumpulan.”

Skuad kendalian Erik ten Hag kekal tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan E, Real Sociedad yang menewaskan Sheriff Tiraspol 3-0 bagi mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut.

La Real dijamin akan mara.

Mereka akan menanti kunjungan United pada 3 November dalam pertembungan yang akan menentukan pasukan mana akan terus mara ke kelompok 16 terakhir.



Setiap daripada lapan naib juara akan menentang pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara, pada aksi kalah mati Februari nanti.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button