Harga bahan binaan utama turun hampir separuh

KUALA LUMPUR: Harga bahan binaan utama seperti aluminium dan simen menunjukkan penurunan sehingga 44 peratus pada bulan lalu, demikian menurut RHB Investment Bank.

Penganalisisnya, Oong Chun Sung, berkata harga aluminium London Metal Exchange (LME) menjunam ke paras terendah pada AS$2,155 satu tan daripada paras puncak AS$3,878 satu tan pada Mac lalu yang merangkumi pembetulan harga sebanyak 44 peratus.

Katanya, pihaknya menjangkakan kelemahan harga aluminium LME dalam masa terdekat akan dihadkan oleh bekalan industri yang terhad sekarang biarpun adanya jangkaan bahawa langkah dasar monetari agresif oleh Rizab Persekutuan AS akan melemahkan harga LME dalam jangka terdekat.



“Harga simen pukal pula telah turun tiga peratus bulan ke bulan (MoM) kepada RM295.50 satu tan. Namun, ia 49 peratus lebih tinggi daripada paras purata harga jualan purata (ASP) sebelum pandemik yang berada pada RM198 satu tan.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading