Askar maut tiga jam selepas nahas trak tentera dirempuh Nissan Almera

Askar maut tiga jam selepas nahas trak tentera dirempuh Nissan Almera

Askar maut tiga jam selepas nahas trak tentera dirempuh Nissan Almera
Trak tentera terbalik selepas kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuhraya Elite, berhampiran Sepang, semalam. – FOTO ihsan PDRM

SEPANG: Anggota tentera maut selepas trak dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (Km) 42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) hala Shah Alam, dekat sini.

Mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia kira-kira tiga jam selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata ketika kejadian kira-kira jam 6 petang semalam itu, mangsa bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah trak dari Kem Rasah, Seremban menghala ke Subang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, trak dinaiki mereka dirempuh Nissan Almera dipandu lelaki berusia 21 tahun bersama tiga rakan dari arah Bandar Sri Putra Bangi menghala Petaling Jaya. Siasatan mendapati kereta berkenaan hilang kawalan akibat tayar pecah.



“Akibat perlanggaran itu, trak askar berkenaan masuk ke laluan bertentangan,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemandu dan tiga penumpang Nissan Almera yang juga tukang gunting berusia antara 20 hingga 22 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Semua anggota tentera di dalam trak berusia 31 hingga 39 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, seorang anggota tentera berusia 31 tahun meninggal dunia jam 8.50 malam tadi ketika menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, punca kematian mangsa disahkan kerana pelbagai kecederaan akibat kemalangan itu.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Askar maut tiga jam selepas nahas trak tentera dirempuh Nissan Almera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading