Ini rumah saya – De Gea

Manchester: Walaupun Manchester United hanya seri tanpa jaringan dengan Newcastle United, semalam, perlawanan itu cukup istimewa bagi penjaga gol, David De Gea yang membuat penampilan ke-500 untuk kelab di Old Trafford itu.

Ditandatangani ketika berusia 20 tahun dengan harga sekitar 18 juta pounds (RM95.18 juta) pada 2011, De Gea menggantikan Edwin Van der Sar yang bersara dan memastikan jersi nombor satu itu kekal miliknya sejak itu.

Pemenang empat kali anugerah pemain terbaik tahunan di kelab itu, de Gea, 31, menjadi pemain bukan Britain atau Ireland pertama yang membuat 500 penampilan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).



“Hari ini menandakan hari sukar dipercayai buat saya, datang dari Sepanyol 11 tahun lalu dan kini saya memanggilnya sebagai ini rumah saya,” kata De Gea menerusi Twitter.

“Mewakili mana-mana kelab sebanyak 500 kali sangat istimewa, tetapi bermain untuk kelab ini yang terhebat di dunia memberikan emosi sangat hebat. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang membantu selama ini terutama keluarga saya.”

Sepanjang 11 tahun di United, dia memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa selain 170 perlawanan tanpa bolos.

Dia adalah pemain ke-11 beraksi 500 kali buat United.



Bekas pemain sayap Wales, Ryan Giggs memegang rekod dengan 963 penampilan sepanjang karier selama hampir dua dekad.

De Gea diberi anugerah itu sebelum perlawanan semalam oleh bekas pengurus, Sir Alex Ferguson yang menandatanganinya dari Atletico Madrid.

“Dia adalah orang paling tempat menyampaikan anugerah itu kepada saya. Dia membawa saya ke kelab ini, dia percayakan saya dan membina keyakinan diri saya,” kata De Gea.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button