Liga Juara-Juara sangat kejam – Simeone

Madrid: Yannick Carrasco gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Atletico Madrid tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Aksi penuh dramatik itu berakhir dengan Atletico terikat 2-2 di laman sendiri ketika melayan kunjungan Bayer Leverkusen.

Selepas Porto berjaya mencatat kemenangan 4-0 ke atas pasukan yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan 16 akhir, Club Brugge, Atletico hanya memerlukan tiga mata bagi mengheret kepada aksi penentuan minggu depan di Portugal.



Bagaimanapun, selepas bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali, kelab La Liga itu gagal untuk mencari kemenangan dan sekarang ini perlu bersaing pula dengan Leverkusen bagi mencari tempat ke Liga Europa.

“Liga Juara-Juara bertindak sangat kejam kepada saya.

“Kami tumpas di dua perlawanan akhir (2014 dan 2016), satu menerusi penentuan penalti dan satu lagi di minit ke-93.

“Bagaimanapun, saya seorang yang keras kepala dan akan terus mencuba sebanyak mungkin jika saya mempunyai peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara, selepas mencari penyelesaian di atas kekurangan kami,” kata pengendali Atletico, Diego Simeone.



Pasukan bimbingan Xabi Alonso mendahului sebanyak dua kali hasil jaringan Moussa Diaby dan Callum Hudson-Odoi.

Bagaimanapun, jaringan Carrasco pada separuh masa pertama dan gol penyamaan Rodrigo de Paul membolehkan Atletico mempunyai masa selama 40 minit menghidupkan peluang mereka dalam kempen Liga Juara-Juara.

Dalam adegan kelam kabut, pemain dipanggil semula ke padang selepas VAR melihat bola terkena tangan ketika serangan terakhir permainan.

Tetapi sepakan penalti Carrasco berjaya diselamatkan, penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button