Liverpool ‘lega’ teruskan kemaraan

Liverpool’s Darwin Nunez celebrates scoring their side’s second goal of the game during the UEFA Champions League group A match at the Johan Cruyff Arena in Amsterdam, Netherlands. Picture date: Wednesday October 26, 2022. (Photo by Zac Goodwin/PA Images via Getty Images)

AMSTERDAM: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata hari ini dia berharap kemenangan 3-0 mengatasi Ajax untuk mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara boleh meningkatkan prestasi mereka selepas persembahan longgar dalam Liga Perdana.

Skuad Reds menang lebih banyak aksi Liga Juara-Juara musim ini berbanding 11 aksi Liga Perdana selepas kemenangan keempat berturut-turut di Amsterdam.

Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Harvey Elliott semuanya menemui sasaran apabila kelab itu mara ke peringkat kalah mati buat kali keenam berturut-turut.

“Kami mara ke pusingan kalah mati dan tidak sesekali memandang rendah perkara itu,” kata Klopp.



“Ia sangat membantu kelab, sudah tentu ia meningkatkan pasukan. Malam ini kami rasa hebat dan kami ada beberapa hari untuk bersedia menghadapi Leeds.”

Skuad kendalian Klopp masih ada rintangan besar minggu depan apabila Napoli akan berkunjung ke Anfield dan memerlukan kemenangan jika mahu mengetuai Kumpulan A.

Kekalahan menamatkan peluang Ajax untuk mara ke pusingan berikutnya dan juara Belanda itu perlu menyesali kerana gagal mengambil peluang permulaan pantas dalam aksi berkenaan.

Steven Berghuis sepatutnya dapat membuka jaringan selepas hanya dua minit apabila dia menyepak melepasi palang ketika Alisson Becker sudah tewas.



Berghuis kemudian menyepak liar dan Dusan Tadic sepatutnya lebih baik apabila cubaannya terkena badan Trent Alexander-Arnold di depan gawang.

Perbezaan prestasi Liverpool dalam aksi domestik dan Eropah ditunjukkan menerusi rekod jaringan Salah.

Daripada sembilan gol jaringan penyerang Mesir itu musim ini, enam daripadanya ialah dalam Liga Juara-Juara apabila dia mengatasi Remko Pasveer hasil hantaran Jordan Henderson yang melegakan Liverpool.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading