Program ziarah erat silaturahim

ISHAM JALIL bertanya khabar seorang warga emas yang uzur di rumahnya di Kampung Kebun Bunga, Batu 3, Shah Alam, semalam.

Oleh Rohana Man

 



SHAH ALAM – Program ziarah yang diatur untuk calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil berjalan lancar.

Ziarah kematian dan ziarah kasih yang berlangsung pada sebelah pagi dan petang semalam memberi peluang kepada calon BN yang memiliki ijazah dari universiti luar negara itu menyantuni penduduk pelbagai kaum.

Program seperti itu juga dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Sesi ziarah kematian membawa beliau ke Pinggiran Subang untuk melawat sebuah keluarga India kematian ahli keluarga, manakala ziarah kasih di Kampung Kebun Bunga, Batu 3.



“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

“Semoga ahli keluarga tabah dengan kehilangan dan dugaan ini,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Dalam satu hantaran lain, Isham Jalil yang melawat penduduk uzur di kampung tersebut.

“Saya melawat beberapa warga Kampung Kebun Bunga yang uzur.



“Saya doakan semoga mendapat kesembuhan dan dipermudahkan,”katanya.

Dalam ruang komen, seorang netizen, Hamidah Abd Hamid menulis, “Aminn..Santuni rakyat marhaen..golongan B40 & B60, orang tua + uzur & OKU dengan ikhlas & senyum. Bakal YB Isham Jalil..semoga berkat & doa. insya-Allah dimakbulkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button