Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan
Bantu keluarga tampung kos rawatan hospital
Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan
PRIHATIN dengan keadaan kesihatan Nad Zainal yang masih dirawat di hospital, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan pelakon berkenaan.
“Tabung kecemasan ini adalah inisiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya.
“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama,” katanya.
Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Kata Shahrulezad, individu yang menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) boleh menghantar emel resit kepada [email protected].
Dalam pada itu, pengarah popular ini turut memohon agar peminat Nad tidak lupa untuk menitipkan doa dan berkongsi info tentang perkara ini supaya lebih ramai dapat membantu pelakon wanita berkenaan.
“Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” ujarnya.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?