Barca cicir mata, Griezmann wira Atletico

Barcelona: Barcelona sekali lagi keciciran mata selepas gagal mengatasi kekentalan pertahanan Getafe ketika seri 0-0 semalam namun masih 11 mata di hadapan Real Madrid di puncak La Liga.

Pasukan di tangga ketiga Atletico Madrid menewaskan Almeria 2-1 di tempat sendiri hasil jaringan berganda Antoine Griezmann manakala Valencia terus merana di zon penyingkiran selepas tewas 0-2 di tempat sendiri kepada Sevilla yang akan menentang Manchester United dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat ini.

Juara bertahan Madrid menewaskan Cadiz kelmarin untuk mengecilkan jurang dengan pendahulu Barcelona ketika berbaki sembilan perlawanan tetapi tampak sukar mengejar skuad kendalian Xavi Hernandez.



Namun Barca tetap tidak boleh mengambil mudah terutamanya selepas mereka dua kali seri tanpa jaringan berturut- turut.

“Di sini anda menderita kerana rumputnya panjang. Padangnya kering, jadi ia menyukarkan pergerakan kami tapi kami perlu lupakan itu semua dan bangkit,” kata penjaga gol Barca Marc-Andre ter Stegen kepada DAZN.

Namun Hernandez berpendapat sebaliknya. “Ia bukan alasan, penyudah kami tidak tepat. Kami cipta peluang tetapi gagal menamatkannya.”

Barcelona masih kekal menjadi pilihan utama menjulang trofi kali pertama sejak 2019 tetapi mereka perlu menewaskan Atletico di tempat sendiri hujung minggu ini jika mahu memastikan gelaran liga dalam jangkauan.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading