Miera Leyana – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Miera Leyana – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Miera Leyana – Biodata, Profil dan Latar Belakang
Miera Leyana Dato’ Sri Kasmi

Miera Leyana Dato’ Sri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co.[1] Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Antara drama lakonan beliau ialah Kamelia Katrina, Putera Rayyan, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.

MIERA LIYANA MASIH BELUM SEDIA DEDAHKAN

Kerjaya

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.



Pada tahun yang sama, beliau terlibat dengan pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Beliau menggantikan Lisa Surihani yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Bagi pementasan semula itu, Miera hanya melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya digalas oleh Lisa.[2]

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula ditayangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas Apokalips X (2014).

Rumah Tangga Suami & Madu Memang Bermasalah, Saya Tak Masuk Campur

Kehidupan peribadi

Miera Leyana berkahwin dengan usahawan, Rosland Othman pada 25 Julai 2020. Beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik bernama Muhammed Fadley dan Miera Leydia.

Miera Leyana – Biodata, Profil dan Latar Belakang
Miera Leyana
Kelahiran
Miera Leyana binti Kasmi

28 Ogos 1993 (umur 29)

Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2008–kini
Ketinggian 5 ft 7 in (1.7 m)
Pasangan Rosland Othman (k. 2020)
Anak-anak 1
Ibu Datin Sri Aishah Abdullah
Bapa Dato’ Sri Kasmi Mat Arsat
Saudara Muhammed Fadley (abang)
Miera Leydia (adik)

Najib akan dapat perbicaraan semula?

Miera Leyana – Biodata, Profil dan Latar Belakang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Najib akan dapat perbicaraan semula?

Masih Sayangkan Rumah Tangga, Madu Miera Leyana Tak Nak Bercerai

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker