Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara

Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara

Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara

Panel 7 hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, T Maimun, membuat keputusan bahawa siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan tidak mengikut protokol.

Keputusan itu dibuat atas saman yang dikemukakan oleh Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Azam Baki.

6 orang hakim lain yang bersidang adalah Abang Iskandar Abang Hashim, Mohamad Zabidin, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Harmindar Singh dan Rhodzariah Bujang.

T Maimun berkata siasatan dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Beliau menambah, siasatan terhadap Nazlan menimbulkan persoalan kerana dilakukan tanpa rundingan dengan badan kehakiman.

Ianya juga menimbulkan keraguan sama ada siasatan terhadapnya dilakukan secara bona fide ​​(dengan niat baik).

“Walaupun kenyataan media SPRM tidak menyatakan nama Nazlan, laporan berita semasa media yang menyebut Hakim Nazlan”.

“Dengan kesimpulan mereka semua merujuk kepada beliau”.

“Yang membolehkan sesiapa jua yang membaca kenyataan media itu untuk menyimpulkan atau percaya, bahawa Nazlan disyaki melakukan jenayah”.

“Kenyataan itu sendiri boleh memburukkan imej badan kehakiman yang bebas,” katanya.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/246834/berita/mahkamah-putuskan-siasatan-terhadap-nazlan-tidak-ikut-protokol

Benarkah SPRM Perlu Mendapat Kebenaran Dari Badan Kehakiman Sebelum Menyiasat Hakim?

Persoalannya, benarkah SPRM MESTI memaklumkan kepada badan kehakiman sebelum melakukan siasatan ke atas mana-mana hakim?

Dan benarkah siasatan yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada badan kehakiman telah melanggar protokol dan berniat jahat?

Kuasa SPRM untuk menahan dan melakukan siasatan terhadap suspek yang dipercayai melakukan perbuatan rasuah adalah tertakluk kepada Akta 694 SPRM.

Baca di sini:

Akta 694 – SPRM (2009)

Dalam Seksyen 11 (1) Akta SPRM menyebut:

Menjadi kewajipan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan fungsi mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 7.

Seksyen 7 akta yang sama pula menyebut:

Pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a) menerima & menimbangkan aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai.

(b) mengesan dan menyiasat:

(i) apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini

(ii) apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan

(iii) apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini

Dan benarkah ada kekangan dari sudut perlembagaan terhadap SPRM untuk melakukan siasatan?

Antara individu yang boleh disiasat oleh SPRM adalah termasuk pegawai badan awam.

Pegawai badan awam ini ditakrifkan sebagai:

Mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam.

Termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

Dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam.

Dan jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu. (Rujuk mukasurat 12 Akta SPRM 2009)

Ini bermaksud, tidak ada seorang pun boleh dikecualikan dari siasatan SPRM apabila pihak SPRM mendapati ada asas untuk melakukan siasatan.

Ianya termasuk Ketua Hakim Negara yang menerima saraan daripada wang awam.

Tiada Keperluan SPRM Memaklumkan Kepada Badan Kehakiman Sebelum Melakukan Siasatan

Begitu juga tidak ada mana-mana seksyen di dalam Akta 694 SPRM yang mewajibkan pihak SPRM memaklumkan kepada mana-mana pihak sebelum membuat siasatan.

Oleh itu penghakiman T Maimun yang menyatakan bahawa pihak SPRM MESTI memaklumkan kepada badan kehakiman sebelum membuat siasatan ke atas Nazlan adalah tidak tepat.

Tidak ada keperluan untuk SPRM melakukan perkara yang sedemikian.

Penghakiman T Maimun yang mengatakan kegagalan berbuat demikian oleh pihak SPRM membolehkan siasatan SPRM dianggap tidak mengikut protokol juga adalah pendapat peribadi.

Sangat jelas ianya tidak bersandarkan kepada mana-mana peruntukan perlembagaan.

Panel 7 Hakim Mahkamah Persekutuan Telah Melakukan Kekhilapan Dalam Penghakiman

Bukan tujuan penulis mahu mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh 7 panel hakim Mahkamah Persekutuan.

Tetapi, adalah menjadi kelaziman, hakim akan menyatakan penghakiman yang dilakukan adalah berdasarkan kepada peruntukan di dalam perlembagaan.

Hakim akan menyatakan di bawah seksyen apa dan akta yang mana penghakiman itu dilakukan.

Dan sekiranya ada ‘precedent’ ianya juga akan dinyatakan berdasarkan kes apa dan tarikh penghakiman kes tersebut dilakukan.

Ini adalah sebagai fakta yang akan menjadi hujah di dalam penghakiman.

Namun begitu, di dalam penghakiman saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, tidak dinyatakan sama ada ‘precedent’ atau di bawah akta mana penghakiman dibuat.

Adakah ini bermakna penghakiman dilakukan hanya berdasarkan kepada kesimpulan atau asumsi panel hakim tanpa bersandarkan kepada perlembagaan?

Atau adakah ianya boleh dianggap sebagai penghakiman ‘hear say’ panel hakim?

Sekiranya benar, maka kredibiliti dan integriti badan kehakiman berada di dalam keadaan yang sangat kritikal.

Ini adalah kerana ianya akan menjadi ‘precedent’ untuk hakim membuat penghakiman berdasarkan kepada pendapat peribadi dan bukannya pertimbangan keadilan dan perlembagaan.

 

Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker