Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Cogankata Perikatan Nasional (PN) dalam PRU 15 yang lalu adalah PN Bersih, PN Best.

Tetapi sebagaimana yang dikatakan oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim di dalam parlimen, yang mengaku bersih itu sebenarnya tidak bersih langsung.



Sebagai pembuka tirai, Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan sudah pun diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Sebelum itu, Lapuran Audit 2021 dari Jabatan Audit Negara telah mendedahkan perbelanjaan yang meragukan oleh kerajaan PN Best dalam tahun 2021.

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป Malaysia (๐—ž๐—ž๐— )

  • Skandal RM30 juta ventilator, 80% tidak boleh digunakan, duit hangus, tidak ada ‘warranty’, tidak ada dokumentasi yang lengkap (beli dari kedai re-cycle kuttt…)
  • 1.1 juta dos vaksin terpaksa dibuang kerana telah tamat tempoh, nilai tidak dapat dikenalpasti kerana dokumen yang tidak cukup (mungkin beli dari kedai singsey atau tabib cina)
  • Pembayaran RM100,000 dibayar tidak mengikut tatacara betul untuk program pengurusan ambulan
  • Bayaran dibuat walaupun belum membuat pesanan tempahan
  • Data peribadi 3 juta rakyat sistem MySejahtera telah dicuri oleh sebuah akaun ‘super-admin’ pada tahun 2021
  • Ia dicuri dari lokasi yang tidak sepatutnya mempunyai akses pengkalan data tersebut.

Felcra

  • Felcra tidak mampu membayar hutang tertunggak RM312.22 juta pada 2021

Kereta Menteri

  • Kos penyelenggaraan kereta menteri tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM672,000 pada 2020
  • Berbanding kos 2021 RM478,991 manakala 2022 hanya RM450,690
  • Kenderaan rasmi menteri pula ditukarkan daripada Proton Perdana 2.4L kepada model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021.
  • Kenderaan rasmi perdana menteri pula ditukarkan kepada sebuah Mercedes mewah RM2.3 juta S600 kalis peluru.

Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan

  • Program Dana Jaminan Makanan RM190 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) tidak capai objektif sepenuhnya
  • Dana obligasi sosial MAFI bagi 2021 berjumlah RM37 juta tidak sampai kepada penerima
  • Ada pembayaran MAFI RM730,000 Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah yang telah mati

๐—ž-Komm

  • Projek RM4 juta Dana Kandungan Digital K-KOMM gagal.
  • Bayaran dibuat kepada syarikat yang terkait dengan seorang ahli jawatankuasa K-Komm
  • Bayaran RM3.25 juta dibuat walaupun projek belum selesai
  • Manakala pembayaran RM60,000 pula dilakukan tanpa kelulusan

Kementerian Pertahanan (MINDEF)

  • MINDEF bayar Arahan Perubahan Kerja RM230,000 sebelum mendapat kelulusan.

Begitulah sebahagian kecil cerita yang selama ini tersembunyi dalam pentadbiran Kerajaan PN Best pimpinan Muhyiddin Yasin!!!

Kredit:



Malaysia Forward

 

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button