Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Dr Akmal Salleh ; calon Ketua Pemuda Umno

Dr Akmal Saleh, satu nama yang meniti di bibir rakyat Dun Merlimau, tampil menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Dikenali kerana personaliti yang merendah diri dan sangat menyatuni pengundinya, Akmal merupakan wajah baru untuk membawa perubahan dalam Pemuda Umno.

Beliau yang ditemuramah dalam kesibukan jadual harian, menyatakan tidak timbul isu mengapa sekarang baru menyatakan hasratnya.

Sebelum ini, beliau memberi laluan kepada Dato Hasmuni, menjawap kepada persoalan mengapa tiba-tiba menukar pendirian untuk bertanding Ketua Pemuda Umno.

Beliau bersikap terbuka apabila ditanya mengapa Umno ditolak pengundi muda, antara tekadnya ialah untuk mengembalikan kepercayaan pengundi muda kepada Umno pada PRU16.

Dr Akmal Salleh ; calon Ketua Pemuda Umno

Menilai kepada bahasa tubuh Dr Akmal, keikhlasan beliau berkhidmat kepada rakyat di Merlimau mampu diterjemahkan di peringkat nasional sekiranya diberikan peluang berbuat demikian.

Ikuti temubual bersama calon Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh bersama My-Tv.Online.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker