Fasha Cedera di Set Penggambaran

Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Azhan Rani-“Benda Nak Jadi

Fasha Cedera di Set Penggambaran

Fasha Cedera di Set Penggambaran

Pelakon, Azhan Rani tampil bersuara selepas pelakon gandingannya, Fasha Sandha mengalami kecederaan serius pada mata ketika menjalani penggambaran bersamanya, baru-baru ini.

Fasha mengalami kecederaan pada bebola mata kiri berdarah dan bengkak serta tulang mata kiri patah akibat mata dan kepala terhentak di bucu katil yang tajam.

“Siapa Yang Tak Luluh Dan Patah Hati mengadap Keadaan Ini”

Jelas Azhan menerusi hantaran di Instagram, tiada siapa yang mahu kemalangan semikian berlaku sepertimana tuan punya badan serta pihak produksi telah melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kecederaan.



“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara yang dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi. Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan.

Rehearsal telah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat sepenuh tenaga untuk kamera. Segala hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini.”-jelas Azhan

Rakan Selebriti Beri Kata-Kata Semangat

Ruangan komen penjelasan Azhan turut dibanjiri dengan komen rakan selebriti serta peminat yang meninggalkan kata-kata semangat buat pelakon drama Nur ini agar diberikan kekuatan hadapi kecaman disebabkan insiden yang berlaku pada Fasha Sandha.

“Akak tahu Azhan memang orang baik, kita ni kat set shooting macam satu keluarga. Semoga girl cepat sembuh, insyaAllah kesian kat girl benda nak jadi aduh akak pulak rasa pedihnya.”-Zarina Zainuddin

“Stay strong Han, it was an accident. Insha Allah, Girl akan ok.”-Catriona Ross

“InsyaAllah semua akan ok. Benda nak jadi bro.”-Fizo Omar

“Tengok video Azhan tolak biasa-biasa je mungkin Fasha terlalu menjiwai watak. Tak disengajakan.”

Fasha Cedera di Set Penggambaran

 

Tiada siapa yang mahu berlaku kemalangan. Sama-sama kita doakan agar Fasha Sandha cepat sembuh.

Fasha Cedera di Set Penggambaran

Fasha Sandha Dikritik Netizen [VIDEO]

Fasha Cedera di Set Penggambaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker