Koulibaly bantu Senegal lolos ke pusingan 16 terbaik

DOHA: Jaringan babak kedua kapten Kalidou Koulibaly memberikan Senegal kemenangan 2-1 ke atas Ecuador, sekali gus membawa pasukan Afrika itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali kedua.

Koulibaly meledak gol kemenangan pada minit ke-70, tiga minit selepas Moises Caicedo menyamakan kedudukan untuk Ecuador.

Ismaila Sarr menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama untuk meletakkan Senegal di depan dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.



Senegal kini di tangga kedua dengan enam mata, satu di belakang Belanda yang menewaskan tuan rumah Qatar 2-0.

Ecuador, yang hanya perlu seri untuk layak ke pusingan 16 terakhir buat kali kedua selepas edisi 2006, menamatkan saingan di tangga ketiga pada empat mata.

Senegal yang mara ke suku akhir Piala Dunia 2002 akan berdepan juara Kumpulan B yang menampilkan England, Iran, Amerika Syarikat dan Wales.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading