COVID-19: Kes COVID-19 di Indonesia kini 23,851 dan kematian 1,473 kes

JAKARTA, 27 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

“Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.



Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading