China lancar jet penumpang pertama
China lancar jet penumpang pertama
BEIJING: China mengumumkan penghantaran pertama jet penumpang terbaharu buatan negara itu, dengan pesawat itu dijangka membuat penerbangan komersialnya awal tahun depan.
Beijing berharap jet komersial C919 akan mencabar model asing seperti Boeing 737 MAX dan Airbus A320, walaupun kebanyakan bahagiannya diperoleh dari luar negara.
Lapor media kerajaan, model pertama jet yang memuatkan 164 penumpang itu, diserahkan secara rasmi kepada China Eastern Airlines dalam satu majlis di lapangan terbang di Shanghai.
“Langkah itu menandakan pencapaian penting dalam perkembangan industri pesawat China,” kata penyiar negeri CCTV.
Rakaman yang disiarkan oleh saluran CCTV menunjukkan jet yang mengandungi lencana China Eastern di lapangan terbang yang dilanda hujan dan turut memberikan gambaran di dalam kabin pesawat.
“Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) milik negara memberikan syarikat penerbangan itu ‘kunci peringatan’ kepada C919 pertama di dunia”, lapor CCTV.
COMAC mengumumkan pada pertunjukan udara bulan lalu, pihaknya sudah memperoleh tempahan untuk 300 buah jet C919, tetapi tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai nilai tawaran atau tarikh penghantarannya.-AFP
China lancar jet penumpang pertama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara