Bayern, Villa minat khidmat penjaga gol Maghribi

Doha: Bayern Munich dilaporkan berminat menandatangani penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou ketika mereka berusaha mencari bakal pengganti jangka panjang Manuel Neuer.

Neuer menjadi penjaga gol nombor satu Bayern sejak lebih sedekad tetapi dia terpaksa disisihkan untuk baki saingan musim ini apabila mengalami kecederaan patah kaki ketika melakukan aktiviti ski selepas Jerman tersingkir saingan Piala Dunia.

Kelab gergasi Jerman itu berhasrat membawa pemain yang mampu menjadi pengganti Neuer dan bersedia menandatangani Bounou atau lebih dikenali Bono menurut laporan AS.



Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic turut dikaitkan dengan posisi terbabit tetapi difahamkan CEO Bayern, Oliver Kahn yang sebelum ini beraksi di gawang gol kelab itu secara dasar lebih berminat dengan permainan Bono.

Bono ketika ini bersama Sevilla dan berada di kelab itu sejak 2019, termasuk dalam tempoh pinjaman awal.

Dia mempunyai kontrak bersama kelab Sepanyol itu hingga 2025 dan dia juga menarik minat beberapa kelab lain termasuk Aston Villa.



Aksi penjaga gol berusia 31 tahun itu mencuri perhatian pada Piala Dunia di Qatar ketika kemaraan bersejarah Maghribi ke separuh akhir.

Bono beraksi cemerlang tanpa bolos menentang Croatia, Sepanyol dan Portugal.

Dia menjadi wira Maghribi ketika saingan 16 terbaik berdepan Sepanyol, menafikan sepakan penalti Carlos Soler dan Sergio Busquets untuk membawa pasukannya mara.

Maghribi melakar sejarah dalam Piala Dunia apabila menjadi pasukan pertama dari Afrika atau Arab mara ke separuh akhir.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button