Messi akan ‘dipecat’ jika menang?

Doha: Segelintir peminat mula menjadikan Lionel Messi sebagai bahan gurauan mereka selepas menjangkakan penyerang Argentina itu mungkin ‘dipecat’ atau disingkirkan Paris Saint-Germain jika memenangi Piala Dunia.

Pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu akan mengetuai Argentina pada aksi final Ahad ini, berdepan juara bertahan Perancis dengan peluang terakhir untuk memenangi kejohanan itu sebagai pemain.

Messi menyerlah di Qatar, meledak lima gol dan mencatat tiga bantuan gol dalam enam perlawanan setakat ini.



Dia meledak gol pembukaan menerusi penalti sebelum mengumpan bola kepada Julian Alvarez untuk gol kedua pemain itu dalam perlawanan ketika membantu kemenangan bergaya 3-0 ke atas Croatia pada aksi separuh akhir semalam.

Ada yang menyifatkan ia seperti perancangan untuk membantu Messi menjulang Piala Dunia pertamanya. Ketika dia hanya selangkah lagi untuk mencapai impiannya itu.

Perancis menewaskan Maghribi 2-0 untuk menjadi negara pertama selepas Brazil pada 2002 tampil dalam dua final Piala Dunia berturut-turut.

Pemain Bintang Perancis, Kylian Mbappe, adalah rakan sepasukan Messi di PSG sejak 16 bulan lalu. Dia kini dalam usaha memburu gelaran kedua Piala Dunia berturut-turut pada usia hanya 23 tahun.



Mbappe menandatangani kontrak baharu bersama PSG awal tahun ini selepas minat yang ditunjukkan Real Madrid.

Beberapa laporan mendakwa legenda Argentia itu harus mengutamakan semangat kesukanan di Parc des Princes, sekalipun status lanjutan kontrak sebenarnya belum pasti.

Ia tidak pernah terhenti di media sosial dengan cadangan kepada Messi, yang mempunyai kontrak bersama gergasi Ligue 1 sehingga musim panas akan datang, dia mungkin berdepan masalah dengan majikannya jika menjulang gelaran hujung minggu ini.



Seorang peminat berkata: “Messi mungkin berada pada kedudukan yang sangat sukar pada Ahad ini. Jika dia menang Piala Dunia, dia mungkin dipecat dari PSG.”

Seorang lagi memberitahu: “Dia mungkin menghubungi Piers Morgan untuk sesi temubual bagi memecat Messi serta merta.”

Dalam Twitter seterusnya: “Jika Messi menang Mbappe harus menyingkirkannya.”

Kali terakhir Messi dan Mbappe bertemu di Piala Dunia, ia menjadi pentas Mbappe yang menyerlah dalam perlawanan itu.



Perancis menewaskan Argentina dalam aksi 16 terbaik seterusnya memenangi Piala Dunia 2018.

Mbappe menaruh keyakinan pada satu hari dia akan menjadi pemain terbaik dunia.

Dia memberitahu New York Times pada September: “Saya fikir saya semakin hampir memenanginya [anugerah Ballon d’Or].

“Saya sentiasa memberitahu saya mempunyai impian mengenai apa sahaja. Tiada batas. Jadi sudah pasti, suka saya katakan, ia adalah generasi baharu. Dan [Cristiano] Ronaldo, Messi — anda perlu berhenti. Kami sudah menemui seseorang, seseorang yang baharu.”



Apa yang pasti pertarungan antara Mbappe dan Messi pada Ahad ini bakal menjadi perhatian utama.

Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading