10 maut pangsapuri terbakar di Lyon
10 maut pangsapuri terbakar di Lyon
PARIS: Sepuluh orang, termasuk lima kanak-kanaK terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri berhampiran Lyon di Perancis, lapor kerajaan tempatan.
Pegawai kerajaan tempatan mengeluarkan kenyataan memaklumkan kebakaran besar berlaku di blok tujuh tingkat flat di Vaulx-en-Velin.
Empat orang berada dalam keadaan kritikal dan 10 yang lain mengalami cedera ringan termasuk dua anggota bomba.
Kebakaran berjaya dipadamkan oleh 170 anggota bomba.
Menteri Dalam Negeri, Gerard Darmanin berkata punca kebakaran masih belum diketahui dan memuji ketangkasan anggota bomba menyelamatkan orang ramai dalam keadaan yang amat sukar.
Tambahnya, kanak-kanak yang meninggal dunia itu semuanya berumur antara tiga hingga 15 tahun dan punca kebakaran masih disiasat.
“Saya dikejutkan dengan jeritan. Kami mahu membantu orang ramai tetapi asap terlalu tebal. Saya melihat seorang wanita mati, ia sangat dramatik,” ujar seorang penduduk tempatan memberitahu akhbar Le Progres de Lyon.
Blok rumah pangsa itu merupakan sebahagian daripada projek perumahan di pinggir bandar Lyon dan kebakaran dilaporkan bermula di tingkat bawah sebelum merebak ke atas.
Kejiranan itu mempunyai reputasi yang buruk untuk masalah kerosakan dan jenayah bandar tetapi sedang menjalani pengubahsuaian bernilai berjuta-juta euro.
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?
10 maut pangsapuri terbakar di Lyon
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :