Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik ke pantai Semenanjung Korea
Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik ke pantai Semenanjung Korea
SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah laut di luar pantai timur Semenanjung Korea pagi tadi.
Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, dua peluru berpandu jarak sederhana itu terbang sejauh kira-kira 500 kilometer.
Timbalan Menteri Pertahanan Jepun, Toshiro Ino berkata, peluru berpandu itu seolah-olah telah mendarat di luar zon ekonomi eksklusif (EEZ) Jepun namun tiada laporan mengenai sebarang kerosakan.
“Peluru berpandu balistik Korea Utara dilancarkan pada sudut curam dan mendarat di Laut Timur,” kata JCS Korea Selatan dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan analisis menyeluruh, mengambil kira trend terkini berkaitan pembangunan peluru berpandu Korea Utara.
Pelancaran peluru berpandu itu dilakukan hanya beberapa hari selepas negara tersebut menguji enjin bahan api pepejal tujahan tinggi yang menurut pakar akan membolehkan pelancaran peluru berpandu balistik yang lebih cepat dan mudah alih.
Korea Utara dilaporkan sedang berusaha untuk membangunkan senjata strategik baharu dan mempercepatkan program nuklear dan peluru berpandunya.-REUTERS
Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik ke pantai Semenanjung Korea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?