Final yang kejam – Deschamps

Doha: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata cara pasukannya tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina adalah ‘kejam’ selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua kali sepanjang perlawanan namun akhirnya tewas dalam penentuan penalti.

“Kami tidak begitu baik dalam 60 minit pertama menentang lawan berkualiti tinggi yang mempunyai banyak tenaga, tapi kami bangkit entah dari mana dan mengubah permainan daripada situasi yang sangat sukar.

“Itu membuatkan kami lebih merasa kesal,” kata Deschamps selepas kegagalan Perancis dalam usaha mereka untuk menjadi pasukan pertama dalam tempoh 60 tahun mengekalkan trofi itu gagal.



Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit terakhir di Doha untuk menyamakan dua gol pendahuluan Argentina dan memaksa masa tambahan di mana dia menjaringkan gol sekali lagi menerusi sepakan penalti untuk melengkapkan hatrik seterusnya menjadikan kedudukan 3-3 selepas Lionel Messi meletakkan lawan di hadapan.

Gol Randal Kolo Muani kemudiannya dinafikan oleh penjaga gol Emiliano Martinez dan Argentina memenangi penentuan penalti 4-2 dengan pemain Perancis, Kingsley Coman menyaksikan penaltinya diselamatkan dan Aurelien Tchouameni tersasar dari sasaran

“Kami mempunyai peluang untuk memenangi Piala Dunia pada saat-saat akhir tetapi ia tidak menjadi,” kata Deschamps.

“Pada kedudukan 2-0 ia pastinya bukanlah penyesalan yang sama, anda hanya cakap ‘bravo’ kepada mereka.



“Saya tidak mahu memandang rendah Argentina tetapi ada banyak emosi dan ia adalah sesuatu yang kejam kerana kami terlalu hampir.”

Deschamps mendakwa jangkitan virus menyebabkan beberapa pemainnya menderita sebelum final boleh dipersalahkan atas persembahan buruk pasukannya pada sejam pertama.

“Ada banyak alasan yang menerangkan kenapa kami tidak bagus. Beberapa pemain penting kurang tenaga tetapi membawa masuk pemain muda tanpa pengalaman luas tetapi lebih segar dan banyak kualiti memberikan kami impian.

“Malangnya ia tidak menjadi kenyataan.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button