Raja Dadah Asia diekstradisi ke Australia

WELLINGTON: Polis Persekutuan Australia (AFP) hari ini berkata, menahan menahan ketua sindiket pengedaran dadah global digelar ‘El Chapo Asia’ ke dalam tahanan selepas lelaki itu diekstradisi dari Belanda.

AFP berkata, penahanan itu adalah kemuncak kepada siasatan lama terhadap sindiket jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Sam Gor’ atau ‘The Company’ yang dikatakan memperdagangkan methamphetamine bernilai jutaan dolar ke Australia.

AFP bagaimanapun tidak memaklumkan individu yang ditahan dengan nama dan biasanya tidak mendedahkan nama individu yang ditahan sebelum perbicaraan.



Individu yang biasa dengan kes itu berkata, lelaki yang ditahan ialah warga Kanada, Tse Chi Lop, salah seorang raja dadah yang paling terkenal di dunia.

Dia berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Individu itu enggan dikenali disebabkan tidak mendapat kebenaran untuk membincangkan kes itu secara terbuka.



“Lelaki kedua sudah ditangkap oleh AFP pada Jun lalu berkaitan kes dadah.

“Kami mendakwa individu yang didakwa oleh AFP hari ini dan pada Jun tahun lalu bersubahat mengedar kuantiti komersial methamphetamine di Australia,” kata Penolong Pesuruhjaya AFP Krissy Barrett.

 

 



 

“AFP akan menjadikan Australia sebagai persekitaran yang bermusuhan dengan semua sindiket jenayah terancang serius transnasional yang menyasarkan komuniti negara ini,” katanya.

Reuters pada 2019 melaporkan, Tse adalah sasaran utama Operasi Kungur, penyiasatan yang diketuai oleh AFP membabitkan kira-kira 20 agensi dari Asia, Amerika Utara dan Eropah.

Agensi Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan hasil methamphetamine sindiket Sam Gor pada 2018 sebanyak AS$ 8 bilion setahun, tetapi berkata ia mungkin setinggi AS$17.7 bilion dengan bahagian 40 hingga 70 peratus daripada pasaran borong dadah serantau yang berkembang pada sekurang-kurangnya empat kali ganda dalam tempoh lima tahun yang lalu.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button