Rakyat China borong Panadol di Singapura untuk keluarga dijangkiti Covid-19

Rakyat China borong Panadol di Singapura untuk keluarga dijangkiti Covid-19

Rakyat China borong Panadol di Singapura untuk keluarga dijangkiti Covid-19
WARGA China beratur untuk menghantar bekalan perubatan di Shun Xing Express di Kompleks Taman Rakyat di Singapura kelmarin. – DAVINA THAM

SINGAPURA: Rakyat China yang berada di Singapura kini sibuk menghantar pulang ubat-ubatan kepada saudara mara mereka yang masih bergelut dengan wabak Covid-19 ketika kes semakin meningkat dan masalah kekurangan ubatan melanda negara ekonomi kedua terbesar itu.

Tinjauan yang dilakukan Channel News Asia ke Kompleks Taman Rakyat mendapati barisan panjang lebih 20 orang beratur di hadapan Shun Xing Express iaitu sebuah syarikat perkhidmatan kurier ke China.

Seorang pekerja berkata, sejak Selasa lalu syarikat itu terpaksa mengehadkan bilangan pelanggan yang menghantar bekalan perubatan ke China kepada 50 orang sehari namun pelanggan yang menghantar bekalan bukan perubatan tidak tertakluk kepada had berkenaan.



Perkara tersebut terpaksa dibuat selepas terlalu ramai rakyat China yang menghantar ubatan, menyebabkan kesesakan akibat barisan panjang mereka yang beratur sehingga ke perhentian bas berhampiran.

China melonggarkan sekatan Covid-19 di seluruh negara pada 7 Disember lalu, membatalkan keperluan untuk ujian besar-besaran yang kerap dan memperkenalkan kuarantin di rumah untuk sesetengah pesakit.

Badan kesihatan tertinggi China berkata, skala sebenar jangkitan Covid-19 di negara itu kini semakin mustahil untuk dikesan, dengan pegawai memberi amaran kes meningkat mendadak di Beijing selepas kerajaan melonggarkan dasar sifar Covid mereka.

KELUARGA MINTA UBAT

Pada pukul 10.30 pagi semalam, sudah terdapat papan tanda di luar Shun Xing Ekspress yang mengatakan bahawa semua 50 tempat untuk hari itu sudah penuh, dan meminta pelanggan untuk tidak menyertai barisan tanpa nombor giliran.



Satu lagi papan tanda bertarikh 19 Disember menyenaraikan 17 wilayah dan majlis perbandaran yang mengalami kelewatan penghantaran akibat wabak itu, termasuk Beijing, Shandong dan Jiangsu.

Syarikat itu juga mengehadkan lapan kotak ubat penahan sakit Panadol atau ubat tradisional China, Lianhua Qingwen untuk dihantar ke alamat sama.

Mereka yang beratur di panjang barisan itu berasal dari wilayah di seluruh China dan mahu menghantar ubat-ubatan selepas ahli keluarga meminta mereka berbuat demikian.

Seorang wanita dari Jiangsu, yang hanya mahu dikenali sebagai berkata, dia terpaksa beratur sejak awal pagi untuk menghantar vitamin dan ubat demam kanak-kanak kepada saudara-maranya di China.



Katanya, hampir mustahil untuk mencari ubat demam kanak-kanak di China kini, dan bimbang dengan harganya yang terlalu tinggi sehingga mencecah 1,000 yuan (RM635) untuk hanya dua kotak ubat tersebut.

KELIRU, MARAH

Dalam pada itu, penarikan balik banyak sekatan Covid-19 secara mengejut di China bukan sahaja menyebabkan peningkatan wabak di seluruh negara, bahkan turut mencetus kekeliruan dan kemarahan di media sosial.

Selain masalah kekurangan kit ujian pantas, beberapa wilayah termasuk Zhejiang, Anhui, serta Chongqing melaksanakan ‘dasar baharu’ yang membenarkan individu yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala untuk kembali bekerja.

Ramai menyuarakan rasa marah dan terkejut dengan pengumuman tersebut yang sudah dibaca lebih 33 juta kali sejak Isnin lalu di laman Weibo.



“Tiada persiapan dalam tempoh tiga tahun lalu, dan tiba-tiba sekatan ditarik balik dan kami dibenarkan pergi bekerja semasa sakit. Hidup kami tidak bernilai seumpama seperti seekor semut,” komen seorang individu yang mendapat 200 tanda suka.

Seorang pengguna Weibo turut membandingkan dasar baharu itu dengan sekatan terdahulu yang mengarahkan pihak berkuasa menahan mereka yang bekerja ketika diuji positif.

Malah beberapa warga China di luar negara yang kembali ke negara itu selepas memendekkan tempoh kuarantin hotel baru-baru ini terkejut apabila mengetahui betapa pantas virus itu merebak.

“Saya tidak pernah menghidap Covid-19 semasa tinggal di luar negara, tetapi dijangkiti beberapa hari selepas kembali. Hampir semua yang saya kenali dijangkiti Covid-19.



“Jika anda boleh tinggal di luar negara ketika ini, lebih baik jangan pulang dahulu,” tulis seorang pengguna di platform media sosial popular lain Xiaohongshu.

MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

Rakyat China borong Panadol di Singapura untuk keluarga dijangkiti Covid-19


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading