Tambahan bekalan senjata ke Ukraine hanya burukkan situasi – Kremlin
Tambahan bekalan senjata ke Ukraine hanya burukkan situasi – Kremlin
KYIV: Kremlin memberi amaran penambahan bekalan senjata Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine akan memburukkan lagi perang 10 bulan yang dicetuskan oleh pencerobohan Russia.
Malah, Menteri Pertahanan Russia juga menggesa untuk meningkatkan jumlah tentera Moscow sekurang-kurangnya kepada 500,000.
Bercakap semasa pertemuan dengan pemimpin tertinggi tenteran, Presiden Russia, Vladimir Putin, berkata Moscow akan menggunakan pengajaran yang dipelajari dalam konflik untuk ‘membangunkan angkatan tentera dan mengukuhkan keupayaan tenteranya’.
Beliau berkata, penekanan khusus akan diberikan kepada pembangunan kuasa nuklear yang disifatkan sebagai ‘jaminan utama kedaulatan Russia’.
“Peluru berpandu balistik antara benua Sarmat yang dibangunkan tentera Russia akan berada dalam perkhidmatan pertahanan tidak lama lagi.
“Sarmat digunakan untuk menggantikan peluru berpandu balistik binaan Soviet yang sudah berusia dan membentuk teras pasukan nuklear Russia serta berupaya mengelak pertahanan peluru berpandu,” katanya.
Retorik keyakinan dari Moscow itu datang ketika Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden di Washington, di mana pegawai AS mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu yang besar untuk Kyiv.
Pakej AS$1.8 bilion (RM7.97 bilion) itu termasuk buat pertama kalinya bantuan peluru berpandu Patriot dan bom ketepatan untuk jet pejuang, menurut pegawai AS. – AP
Tambahan bekalan senjata ke Ukraine hanya burukkan situasi – Kremlin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti