Anggota APM pengsan ketika operasi mencari

Hulu Selangor: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pengsan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, hari ini.

APM Selangor dalam kenyataan memaklumkan Prebet Pertahanan Awam, Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffry dari APM Sabak Bernam terbabit operasi SAR di lokasi kejadian.

“Anggota itu pengsan dipercayai kerana keadaan cuaca yang panas terik, selain kurang makan dan penyahhidratan (kurang air),” katanya.



Anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Setakat 2 petang, tiada sebarang perkembangan positif berhubung usaha pencarian seorang lagi mangsa tanah runtuh membabitkan kanak-kanak lelaki.

Dalam kejadian 16 Disember lalu, 92 mangsa terdiri daripada 78 pengunjung dan 14 pekerja terbabit insiden tanah runtuh dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan kira-kira tiga hektar.

Sejumlah 61 mangsa berjaya diselamatkan, 30 disahkan terkorban dan seorang lagi mangsa dilaporkan masih hilang.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button