O’Neill meninggal dunia pada usia 49

Montevideo: Bekas pemain tengah antarabangsa Uruguay, Fabian O’Neill yang pernah dipuji Zinedine Zidane sebagai “pemain paling berbakat” yang pernah dilihatnya, meninggal dunia selepas bertarung dengan ketagihan alkohol pada usia 49 tahun.

“Selamat tinggal Wizard,” tweet bekas kelab O’Neill, Nacional selepas dia meninggal dunia akibat sirosis kronik di hospital Montevideo di mana dia dikejarkan ke hospital Sabtu lalu kerana mengalami pendarahan.

“Pemain paling berbakat pernah saya lihat,” itulah luah bekas pemenang Piala Dunia Perancis, Zidane yang juga rakan pasukan Juventus, O’Neill.



Selepas membuat penampilan sulung bersama Nacional pada usia 18 ketika tahun 1992, O’Neill berpindah ke Cagliari tiga tahun kemudian.

Pada 2000 dia berpindah ke Juventus namun hanya untuk satu musim bersama gergasi Turin kemudiannya berhijrah ke Perugia.

Dia kemudian kembali ke Nacional sebelum bersara pada 2003.



O’Neill membuat penampilan sebanyak 19 kali bersama Uruguay dan menjaringkan dua gol.

Dia adalah sebahagian daripada skuad yang tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun pada 2002 walaupun tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kumpulan kerana kecederaan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button