‘Saya Akan Buat Apa Yang Saya Mahu’ – Ameera Khan

Ameera Khan Perjelas Punca ‘Hilang’, Akui Terlampau Takut Dengan Orang

Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Ameera Khan, yang juga sorang pempengaruh, dilihat kembali aktif selepas enam bulan ‘menghilangkan’ diri dari media sosial.

Rasa dibenci masyarakat

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) menerusi siaran langsung Instagram (IG) menjelaskan kenapa dirinya tidak aktif di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya.



Katanya, dia memerlukan rehat selepas kerap menerima kritikan dan kecaman gara-gara dirinya menjadi tumpuan orang ramai.

Menjawab soalan daripada salah seorang pengiku, LMK memaklumkan bahawa dia akan kembali aktif seperti biasa kerana tidak akan selamanya ‘menjauhkan’ diri daripada dunia itu.

Ya, saya dengan rasminya dah kembali (ke IG). Saya perlukan rehat. Kembali ke IG memang ada dalam rancangan cuma saya kena tahu bila masa yang sesuai.

‘Saya bangun tidur, saya rasa tak tenang’

Ceritanya lebih lanjut, LMK memberitahu keputusan untuk kembali aktif dibuat selepas dia menyedari dirinya berasa tidak tenang sebaik saja bangun tidur.



Saya bangun tidur pagi tadi, saya rasa sangat tidak tenang. Saya tak tahu dan saya buat lah (aktif semula di media sosial).

Dalam pada itu, selebriti media sosial yang berumur 22 tahun ini tidak mahu lagi berasa serba salah, menyesal serta tidak bahagia dengan apa terjadi dan menegaskan bahawa dia akan melakukan apa saja yang dimahukan.

Video

 

 



 

@syxhmialias Replying to @shaqireen #littlemisskhan #ameerakhan #fypシ ♬ Escapism. Sped up (Official) – RAYE & 070 Shake

 

@littlemisskhan, TikTok



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button