Muhyiddin Letak Jawatan, PM Interim Dilantik?

 

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Krisis hilang kepercayaan dan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin, dikhabarkan mencapai klimaks selewatnya esok.

Desas desus seorang PM Interim bakal dilantik sudah berlegar dalam hantaran whatsapp serta media lain.

 

Petikan Akhbar Cina Menyatakan Tengku Razaleigh Bakal Di Lantik PM Interim
Petikan Akhbar

 

Selepas pendedahan 14 surat akuan bersumpah oleh Presiden UMNO, diikuti pengesahan surat dari Pejuang dan Warisan kepada Agong, menambah debaran semua pemerhati politik tanahair.

Lebih menarik apabila carta grafik bilangan sokongan kepada Muhyiddin yang mulai merosot tersebar.

Prestasi Muhyiddin sebagai PM mula menerima kecaman rakyat apabila semua langkah menangani covid dikatakan gagal.

Bermula dengan PKP 2.0 yang dilaksanakan ibarat ‘melepaskan batuk di tangga’, PKP 3.0 menyaksikan lebih banyak kontroversi timbul.

Pelaksanaan peraturan yang sering berubah memeningkan rakyat. Begitu juga kelulusan sektor ‘essential’ yang meragukan menjadi persoalan besar.

Kegagalan penyelarasan dan masalah komunikasi antara Kementerian turut menjadi penyumbang utama kemarahan rakyat.

Masalah utama yang rakyat hadapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, sehingga UMNO terpaksa tampil menjadi blok menyuarakan kemahuan rakyat.

 

 

Kuasa kewangan yang semakin merosot serta penutupan sektor yang menjadi punca pendapatan rakyat juga antara faktor yang membuat Muhyiddin semakin tidak popular di mata rakyat.

Suara suara mendesak Muhyiddin berundur mula meluas bila angka kematian serta angka kes diragui rakyat.

Menambah luka, bantuan kepda rakyat mengambil masa yang agak lama dan melalui karenah birokrasi sebelum diluluskan.

Tindakan Muhyiddin melantik Timbalan Perdana Menteri yang dilihat sebagai jalan penyelesaian tidak menjamin kedudukan beliau selamat.

Begitu juga tindakan sesetengah Menteri dari UMNO yang membelakangkan keputusan serta arahan parti juga menjadi sebab berlaku krisis kepercayaan kepada Muhyiddin.

Natijah dari pergelutan mengekalkan kuasa Muhyiddin, sokongan serta kepercayaan dari merosot dan akhirnya angka yang diperolehi sudah menjadi minoriti. 

Keabsahan Muhyiddin sebagai PM yang mendapat sokongan Ahli Dewan Rakyat semakin terhakis sehingga usul undi percaya dikemukakan untuk dibawa ke sidang Parlimen.

Petang ini dijangkakan akan berlaku perubahan besar namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahihkan.

 

Angka Sokongan Muhyiddin Semakin Merosot?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker