Ronaldo Jr tinggalkan Old Trafford

London: Cristiano Ronaldo Jr turut meninggalkan Manchester United susulan penamatan kontrak ayahnya di Old Trafford.

Bintang Protugal itu membuat kenyataan berani pada pertengahan Disember lalu dan ia berakhir dengan penamatan kontraknya.

Anak lelaki Cristiano yang bermain di akademi kelab itu turut meninggalkan kelab berkenaan dan menyertai semula barisan remaja Real Madrid di mana dia pernah bermain sebelum ini.



Kerjaya Cristiano Jr sebahagian besarnya mencerminkan ayahnya, berpindah dari Madrid ke Juventus dan kemudiannya kembali ke Manchester.

Dia kini kembali ke Los Blancos tempat bapanya berlatih untuk terus kekal cergas ketika sedang berusaha untuk mencari kelab baru pada usianya 37 tahun.

Ronaldo pernah berharap bahawa anaknya itu akan mengikuti jejak langkahnya.



“Saya mahu anak saya menjadi pemain. Saya seorang pemain bola sepak dan saya mahu dia juga seperti saya. Saya rasa dia mempunyai bakat seorang atlet.

“Dia mempunyai karektor seorang atlet. Jelas sekali dia masih muda tapi dia suka bola sepak. Itu adalah satu kelebihan yang besar.

“Saya mempunyai 30 biji bola di rumah. Dia sentiasa bersama bola dan dia menyukainya. Tetapi saya tidak akan memaksa dia menjadi pemain kerana ia datang secara semula jadi.

“Biar dia memilih sendiri. Dia akan menjadi apa saja yang dia mahu. Saya tidak akan memaksanya sama sekali. Tapi jelas sekali saya mahu Cristiano menjadi seorang pemain. Pemain terbaik seperti ayahnya.”



Cristiano Jr sebelum ini meminta ayahnya itu terus bermain supaya mereka dapat bersama-sama dia atas padang.

Pada 2019 Ronaldo berkata: “Cristianinho kadang kala memberi tekanan kepada saya dan berkata: “Ayah teruskan bermain untuk beberapa tahun lagi supaya kita boleh bermain bersama.

“Ia akan menjadi sukar walaupun saya masih mempunyai beberapa tahun lagi untuk beraksi.”

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button